Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Peniaga di KL dijangka hadapi jualan susut hingga 80% jelang Deepavali

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Peniaga di KL dijangka hadapi jualan susut hingga 80% jelang Deepavali

Nov 10, 2023 | 02:14 PM



KUALA LUMPUR: Kepulan asap kemenyan menyelubungi gerai di jalan daerah Little India di Brickfields dan Klang, yang mana penjual berharap dapat memikat pembeli yang mempunyai banyak wang.


Namun, orang ramai yang biasanya berkerumun pada tahun-tahun sebelum ini, berkurangan pada beberapa hari menjelang Deepavali pada 2023.

Peniaga pula bersiap sedia menghadapi kemerosotan mendadak perniagaan mereka.

“Perniagaan tahun ini (2023) sangat teruk. Orang ramai memilih untuk membeli daripada wadah dalam talian atau dalam perjalanan ke India,” kata Cik Bathemany, seorang pekerja di kedai menjual pakaian tradisional India, kepada Malay Mail.


Wanita berusia 35 tahun itu berkata beliau telah bekerja di kedai di Klang selama lebih lima tahun, dan perniagaan pada 2023 dijangka berkurangan kira-kira 80 peratus.

Pemilik gerai menjual kuih dan makanan kering yang popular semasa perayaan Deepavali, Encik Arivananthan, berkata beliau sudah berniaga di situ selama 25 tahun tetapi kali ini perniagaan merosot dengan banyaknya.

Walaupun kos sumber menyediakan perniagaan meningkat, tetapi beliau tidak menaikkan harga jualan. Namun perniagaan tetap tidak begitu laris.  




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >