SPH Logo mobile
Langgan|
success-icon

Topic followed successfully

Go to BHku

Peniaga wanita miliki 102 alat mainan seks didenda RM2,000

Peniaga wanita miliki 102 alat mainan seks didenda RM2,000

May 29, 2024 | 1:04 PM

Peniaga wanita miliki 102 alat mainan seks didenda RM2,000

Peniaga wanita di Pulau Pinang, Sarah Phoon, 29 tahun (kanan), dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas mengaku salah memiliki 102 alat mainan seks
Peniaga wanita di Pulau Pinang, Sarah Phoon, 29 tahun (kanan), dikenakan denda RM2,000 oleh Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang, selepas mengaku salah memiliki 102 alat mainan seks - Foto ASTRO AWANI

BALIK PULAU (Pulau Pinang): Seorang peniaga wanita mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Balik Pulau, Pulau Pinang, atas tuduhan memiliki 102 unit peralatan mainan seks di premisnya dalam kompleks beli-belah di Persiaran Bayan Indah, Balik Pulau.

Sarah Phoon, 29 tahun, membuat pengakuan itu selepas tuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Majistret Chia Huey Ting.

Tertuduh yang masih bujang didakwa mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki 102 unit alat lucah iaitu peralatan mainan seks di premis pusat belah-belah popular di Bayan Lepas pada 2.30 petang, 6 Februari lalu.

Semasa prosiding, tertuduh yang memperoleh pendapatan RM1,800 ($516) sebulan memohon mahkamah mengurangkan jaminan kerana perlu menanggung ibu bapa serta dua adiknya yang sedang menuntut di sebuah kolej swasta.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM2,000 dan dua bulan penjara jika tertuduh gagal membayar denda yang dikenakan, lapor Astro Awani.

Bagaimanapun tertuduh membayar denda itu sebaik tuduhan terhadapnya selesai.

Sementara itu di Alor Setar, Kedah, seorang inspektor polis didakwa di Mahkamah Sesyen Alor Setar atas empat tuduhan meminta dan menerima wang suapan sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan berhubung kes dadah pada 2021.

Tertuduh, Mohammad Kassim Mamas, 36 tahun, bagaimanapun mengaku tidak bersalah sebaik keempat-empat tuduhan dibacakan di hadapan Hakim N Priscilla Hemamalini, lapor Sinar Harian.

Mengikut tuduhan pertama, Mohammad Kassim didakwa cuba memperoleh suapan wang tunai RM20,000 daripada seorang lelaki berusia 33 tahun sebagai balasan untuk tidak melaporkan penahanan individu terbabit yang disyaki memiliki dadah jenis syabu.

Tertuduh, yang ketika itu bertugas di Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bandar Baharu, dituduh melakukan perbuatan itu di dalam sebuah kereta di Serdang, Bandar Baharu, Kedah, kira-kira 10.15 malam pada 21 Jun 2021.

Bagi tuduhan kedua, dia didakwa bersetuju menerima suapan RM15,000 daripada lelaki terbabit atas sebab sama.

Sementara tuduhan ketiga, Mohammad Kassim didakwa memperoleh suapan RM2,000 daripada seorang lelaki lain berusia 30 tahun yang juga ahli keluarga kepada individu disyaki terbabit kesalahan dadah itu atas dorongan sama.

Dalam tuduhan keempat, tertuduh didakwa bersetuju untuk menerima suapan RM7,000 daripada individu disyaki terbabit kesalahan dadah terbabit menerusi perbualan telefon kira-kira 5.40 petang, 22 Jun 2021.

Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin selain perlu menyerahkan pasport kepada mahkamah serta melaporkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) setiap bulan. Tarikh 23 Julai ditetapkan untuk sebutan semula kes itu.

Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg