Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

‘Penjual susu’ dicekup di Seremban, dipercayai dalang 9 kes samun

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Penjual susu’ dicekup di Seremban, dipercayai dalang 9 kes samun

Mar 20, 2024 | 11:01 AM



SEREMBAN: Seorang lelaki yang menyamun mangsanya dengan menyamar sebagai penjual susu telah diberkas dalam satu operasi di sini, kata Timbalan Pesuruhjaya Datuk Ahmad Dzaffir Mohd Yussof.


Ketua Polis Negeri Sembilan itu berkata pihaknya percaya telah menyelesaikan sembilan kes membabitkan kerugian kira-kira RM150,000 ($42,486) berikutan penahanan suspek berusia 40-an tahun itu.

Beliau berkata suspek ditahan dalam satu operasi pada awal pagi 17 Mac di Puchong, Selangor.

“Modus operandi suspek adalah dengan menyamar sebagai tukang susu dan dia akan pergi dari rumah ke rumah menaiki motosikal untuk menjual susu.

“Mangsanya selalunya suri rumah yang memakai barang kemas,” katanya sambil menambah bahawa suspek yang ditahan di rumahnya aktif sejak pertengahan 2023, lapor The Star.


Beliau berkata daripada sembilan kes itu, masing-masing tiga dilaporkan di Perak dan Pulau Pinang, Negeri Sembilan (dua) dan Kedah (satu).

Datuk Ahmad Dzaffir berkata operasi khas telah dirancang selepas polis menerima laporan kes samun di Seremban dan Nilai menggunakan modus operandi sama.

Apabila suspek ditahan, polis antara lain telah merampas lima kad pengenalan dan lesen memandu milik orang lain daripadanya.

“Kami turut merampas sebuah motosikal dan dua telefon bimbit daripadanya,” katanya sambil menambah bahawa polis telah mendapat perintah untuk menahan reman suspek selama tujuh hari.

Kes itu disiasat mengikut Seksyen 392 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 14 tahun dan denda atau sebat jika sabit kesalahan.

Datuk Ahmad Dzaffir berkata semakan mendapati suspek mempunyai 19 kes jenayah dan dadah sebelum ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >