Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penternak di Kelantan cedera parah ditanduk lembu korban

Jun 4, 2025 | 4:18 PM
Seorang penternak cedera parah di perut selepas ditanduk lembu korban di Bachok, Kelantan.
Seorang penternak cedera parah di perut selepas ditanduk lembu korban di Bachok, Kelantan. - Foto fail NSTP

BACHOK: Seorang lelaki cedera parah di perut selepas ditanduk lembu peliharaannya dalam satu kejadian di Kampung Neman, Mukim Rusa di Bachok, Kelantan, pada 30 Mei lalu.

Dalam kejadian dipercayai kira-kira 7 malam itu, mangsa berusia 30 tahun sedang memasukkan lembunya ke dalam kandang.

Seorang ahli keluarga mangsa yang enggan dikenali berkata lembu jantan itu tiba-tiba mengamuk dan menyerang mangsa daripada arah tepi.

Katanya, akibat serangan itu mangsa mengalami kecederaan serius terutamanya di bahagian perut.

“Lembu berusia lebih setahun itu bertindak agresif dan terus menanduk perut mangsa.

“Haiwan itu sepatutnya diserahkan kepada pembeli pada 6 Mei ini untuk dijadikan korban pada Aidiladha 7 Mei ini,” katanya, lapor Harian Metro.

Tambahnya mangsa yang bekerja sepenuh masa sebagai penternak dan penanam sayur itu kemudian dihantar ke Hospital Bachok untuk rawatan.

Menurut beliau, mangsa kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu, Kelantan, bagi rawatan lanjut.

“Kini mangsa stabil tetapi meneruskan rawatan rapi di HRPZII. Kami anggap ini ujian untuk kami apatah lagi mangsa sangat rajin orangnya dan melakukan pekerjaan mulia iaitu menguruskan ibadah korban,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg