Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang feri tersangkut di tebing pasir selamat tiba di Langkawi

Sep 17, 2024 | 1:34 PM
Feri yang membawa 567 penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi yang terkandas akibat ribut sehingga ke beting pasir sebabkan feri itu terkandas.
Feri yang membawa 567 penumpang dari Kuala Perlis ke Langkawi yang terkandas akibat ribut sehingga ke beting pasir sebabkan feri itu terkandas. - Foto NSTP

ALOR SETAR: Feri yang membawa 567 penumpang yang terkandas di beting pasir sejak petang 16 September, selamat tiba di Langkawi pada 10.40 pada hari sama.

Pengurus Besar Konsortium Ferrylines Ventures Sdn Bhd, Kapten Dr Baharin Baharom, berkata kesemua penumpang terbabit dalam keadaan selamat.

“Selamat sampai (feri) pada 10.40 malam tadi,” katanya dalam satu kenyataan pada 17 September, lapor Berita Harian Malaysia.

Difahamkan, ketika ini keadaan cuaca masih hujan lebat di sekitar Kedah dan Perlis.

Media sebelum ini melaporkan tiga buah feri dari Kuala Kedah ke Langkawi yang membawa 610 penumpang terpaksa berpatah ke Terminal Feri Kuala Kedah berikutan ombak kuat serta ribut.

Feri pertama iaitu pada 1.30 petang membawa 120 penumpang manakala 2 petang membawa 149 penumpang dan feri pada 2.30 petang yang membawa 410 penumpang terpaksa berpatah balik demi keselamatan penumpang.

Ketiga-tiga feri terbabit dalam perjalanan dari Terminal Feri Kuala Kedah ke Langkawi.

Selain itu, sebuah lagi feri iaitu dari Kuala Perlis ke Langkawi pada 2.30 petang membawa 567 penumpang dilaporkan tersangkut di tebing pasir kira-kira 0.5 batu nautika dari Terminal Kuala Perlis.

“Selepas ditiup angin kencang, ia menolak feri ke beting pasir menyebabkan feri itu terkandas,” kata Dr Baharin.

Beliau menambah, bagi penumpang tiga perjalanan dari Kuala Kedah ke Langkawi itu sudah dipulangkan kos tiket dan ada yang menukar perjalanan tiket seterusnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg