Penumpang JB gesa kekerapan perkhidmatan bas ditingkatkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penumpang JB gesa kekerapan perkhidmatan bas ditingkatkan

Mar 6, 2026 | 2:08 PM

Penumpang JB gesa kekerapan perkhidmatan bas ditingkatkan

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Peningkatan jumlah penumpang, khususnya mereka yang berulang-alik ke Singapura melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), menyebabkan ramai penduduk tempatan sukar mendapatkan tempat di dalam bas.
Peningkatan jumlah penumpang, khususnya mereka yang berulang-alik ke Singapura melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), menyebabkan ramai penduduk tempatan sukar mendapatkan tempat di dalam bas. - Foto Fail

JOHOR BAHRU: Penumpang pengangkutan awam di Johor Bahru merayu agar kekerapan perkhidmatan bas ditingkatkan. Ini penting bagi mengatasi masalah kesesakan dan tempoh menunggu yang melampau.

Pertambahan ketara bilangan penumpang, khususnya mereka yang berulang-alik ke Singapura melalui Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar (BSI), menyukarkan penduduk tempatan untuk mendapatkan tempat di dalam bas.

Seorang pelajar, Encik C. Keshav Henrik, 20 tahun, yang menaiki dua bas dari Permas Jaya ke Maktab Sultan Abu Bakar, menggambarkan waktu puncak sekitar 5.30 pagi sebagai sangat mencabar.

“Bas selalunya terlalu sesak, terutama kerana ramai yang bekerja di Singapura turut menggunakan bas untuk ke BSI.

“Ada masanya bas melepasi saya tanpa berhenti, mungkin kerana sudah penuh,” katanya lapor The Star.

“Apabila ini berlaku, saya terpaksa menunggu kira-kira 20 minit lagi untuk bas seterusnya, dan kelewatan itu kadangkala menyebabkan saya lewat ke kelas.”

Namun, beliau mengakui sistem pengangkutan awam tetap membantu kerana kosnya yang rendah dan jadual yang agak tepat.

“Perjalanan dari rumah saya ke JB Sentral hanya sekitar RM2 ($0.65).

“Bas datang setiap 20 minit dan masa ketibaannya juga boleh disemak melalui Google Maps.

“Tempoh menunggu yang lama biasanya berpunca daripada kesesakan penumpang,” katanya.

Encik Keshav mencadangkan sistem bas dua lapis, iaitu satu perkhidmatan khas untuk penumpang ke Singapura dan satu lagi untuk penduduk tempatan yang menuju ke sekolah, hospital, dan tempat kerja di sekitar bandar, bagi mengurangkan kesesakan.

Cadangan itu turut disokong seorang pemandu lori, Encik Ng Cheng Hea, 72 tahun, yang memilih menaiki bas pada hujung minggu bagi mengelakkan kesukaran mencari tempat letak kenderaan di bandar.

“Saya biasanya perlu menunggu kira-kira setengah jam untuk bas dan kadangkala lebih daripada satu jam,” katanya.

Beliau menggesa kerajaan memasang papan paparan digital di perhentian bas bagi memaparkan maklumat masa ketibaan secara masa nyata.

“Penumpang tidak sepatutnya dibiarkan menunggu bas yang mungkin tidak tiba.

“Tindakan juga perlu diambil terhadap pemandu yang tidak menjalankan tugas dengan baik,” katanya.

Masalah kapasiti turut menjejaskan perkhidmatan kereta api.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg