Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal lakukan kesalahan di CIQ Johor hadapi tindakan tegas

Nov 15, 2024 | 10:54 AM
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor.
Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, Johor. - Foto fail

JOHOR BAHRU: Pihak berkuasa Malaysia telah mula mengambil tindakan terhadap penunggang motosikal yang melanggar undang-undang atau merosakkan peralatan di Kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) Bangunan Sultan Iskandar, dengan sekurang-kurangnya empat warga tempatan ditahan pada 2024.

Tangkapan terbaru membabitkan seorang tukang masak yang ditahan selepas dia memasuki negara ini tanpa mengimbas pasportnya.

Seorang pegawai Kementerian Dalam Negeri Malaysia berkata lelaki itu, berusia 30-an tahun, didakwa mengalihkan pengadang di pondok imigresen tertutup dan memasuki Malaysia pada waktu sibuk.

“Kami juga telah mengesan beberapa orang lain yang melakukan kesalahan serupa,” kata pegawai itu, sambil menambah bahawa lebih banyak tangkapan dijangka dibuat tidak lama lagi, lapor The Star.

Tidak berhenti dan menyerahkan pasport seseorang kepada pegawai imigresen di pusat pemeriksaan adalah satu kesalahan serius di bawah Akta Imigresen, yang boleh dikenakan denda atau penjara, kata pegawai tersebut.

Awal sebelum ini, sekurang-kurangnya tiga penunggang motosikal lain ditahan kerana merosakkan sistem pelepasan automatik M-Bike, termasuk melekatkan gula-gula getah pada bahagian cap ibu jari ketika mereka mengimbas pasport atau merosakkan skrin LCD, tambahnya.

“Kami telah pasang lebih banyak kamera litar tertutup untuk mengesan vandalisme dan akan terus mengambil penguatkuasaan tegas terhadap mereka yang melanggar undang-undang,” katanya.

Jabatan Imigresen telah bekerjasama dengan pihak berkuasa Singapura untuk menangkap dan mendakwa rakyat Malaysia dan Singapura yang masuk ke Singapura tanpa menunjukkan pasport mereka di dua pusat pemeriksaan darat semasa operasi penguatkuasaan.

Kebanyakan kesalahan dilakukan pada waktu sibuk pada waktu pagi dan lewat petang.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg