Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Penunggang motosikal M’sia puji sistem MyBorderPass, lancar lepasi pusat pemeriksaan

Aug 5, 2024 | 10:36 AM
Gambar hiasan Koswe
Gambar hiasan Koswe - Foto hiasan

JOHOR BAHRU: Penunggang motosikal Malaysia yang menggunakan sistem MyBorderPass yang baru untuk berulang-alik ke Singapura secara tetap telah memuji sistem tersebut.

Namun, ada yang menyatakan proses pendaftaran sistem itu memerlukan penambahbaikan kerana ia tidak mesra pengguna seperti dua kod QR lain – MyTrip dan MyRentas.

Penunggang motosikal, Encik Daniel Ooi, 58 tahun, yang berulang-alik ke Singapura untuk bekerja sejak lebih 30 tahun lalu berkata pengalamannya dengan sistem MyBorderPass untuk melepasi imigresen di kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin Bangunan Sultan Iskandar berjalan lancar.

“Ia juga merupakan satu nilai tambah bahawa sistem ini menggunakan pengecaman muka. Jadi, jika seseorang menghadapi masalah dengan pengecaman muka, mereka masih boleh mengimbas kod QR.

“Ini pastinya satu peningkatan daripada sistem MBike yang kami gunakan sebelum ini,” katanya dalam satu temu bual, lapor The Star.

Encik Ooi berkata ramai penunggang motosikal mengalu-alukan automasi di kedua-dua pusat pemeriksaan darat Malaysia-Singapura untuk membantu mengurangkan kesesakan, terutamanya pada waktu sibuk pagi dan lewat petang.

“Kami berharap perkara ini dapat diperluas kepada semua lorong untuk memberi manfaat kepada lebih ramai orang,” katanya sambil menyatakan bahawa dengan sistem baru itu pelepasan imigresen selesai dalam beberapa saat.

Encik Ooi menambah bahawa ribuan penunggang motosikal sebelumnya mengalami masalah selama berbulan-bulan dengan lorong MBike yang kerap rosak.

“Ini menyebabkan kami terpaksa menggunakan kaunter manual untuk melepasi imigresen yang memakan masa,” katanya sambil berharap sistem baru kerajaan Malaysia itu masih dapat beroperasi dengan baik apabila ribuan penunggang motosikal mula menggunakan MyBorderPass pada waktu sibuk.

Kini, tiga lorong motosikal masuk dan tiga lagi keluar dari Malaysia telah dipasang sistem MyBorderPass.

Seorang lagi pengguna, Encik K. Siva, 42 tahun, berkata mendaftar untuk sistem baru itu agak menyusahkan, tidak seperti dua aplikasi lain.

“Namun secara keseluruhannya, sistem ini bagus kerana ia membolehkan penunggang menggunakan pengecaman muka atau mengimbas kod QR. Selain itu, semasa hari hujan, saya masih boleh menggunakan sistem pengecaman muka untuk melepasi imigresen,” ujarnya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg