Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Perbicaraan kes gangguan seksual penyanyi Naim Daniel ditetapkan Disember

Sep 19, 2025 | 3:49 PM
Naim Daniel
Naim Daniel - Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Mahkamah Sesyen di sini pada 19 September menetapkan tiga hari pada Disember ini bagi perbicaraan kes penyanyi dan pelakon, Naim Daniel, yang didakwa melakukan amang (gangguan) seksual fizikal terhadap seorang remaja perempuan berusia 17 tahun pada Mei lalu.

Hakim Datin M Kunasundary menetapkan tarikh 15, 16 dan 18 Disember pada prosiding pengurusan kes di hadapannya pagi tadi.

Beliau turut menetapkan 17 Oktober untuk pendengaran permohonan pihak pendakwaan supaya keterangan mangsa dalam kes itu dibuat secara pautan video (video link).

Prosiding itu dihadiri Timbalan Pendakwa Raya Siti Khadijah Amir Hamdzah, manakala Naim atau nama penuh, Muhammad Naim Daniel Baharin, 28 tahun, diwakili peguam, Encik Mohd Irwan Sumadi dan Datuk Amirul Ridzuan.

Sementara itu, Encik Mohd Irwan ketika ditemui pemberita berkata pihak pembelaan membantah permohonan pihak pendakwaan untuk mangsa memberi keterangan secara pautan video.

“Pihak pembelaan membuat permohonan secara rasmi di mana mahkamah menetapkan atau tarikh hujah, supaya pihak-pihak berhujah. Semasa perbicaraan nanti, mangsa bukan berumur bawah 18 tahun, jadi perlu dibicarakan secara biasa,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada 17 Jun lalu, Naim ketika dihadapkan ke mahkamah sama mengaku tidak bersalah melakukan amang seksual fizikal ke atas remaja perempuan berumur 17 tahun 7 bulan dalam satu kejadian bagi tujuan seksual pada 8.56 malam, 19 Mei di Hotel Ukiyo di Petaling Jaya, Selangor.

Tuduhan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 dan sabit kesalahan boleh dipenjara tidak melebihi 20 tahun dan boleh juga disebat.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg