Permintaan kediaman Johor naik seiring pembangunan pesat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Permintaan kediaman Johor naik seiring pembangunan pesat

Lokasi strategik berhampiran RTS, JS-SEZ tarik minat pembeli
Feb 6, 2026 | 4:43 PM

Permintaan kediaman Johor naik seiring pembangunan pesat

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Datuk Mohd Jafni Md Shukor, kediaman Johor, permintaan naik
Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor. - Foto FACEBOOK MOHD JAFNI MD SHUKOR

Jumlah kediaman tidak terjual di Johor terus menunjukkan trend penurunan ketara susulan peningkatan permintaan terhadap pasaran hartanah negeri itu.

Ini khususnya di kawasan strategik berhampiran pembangunan pesat dan jajaran projek Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) Johor Bahru-Singapura.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor, berkata jumlah hartanah tidak terjual di negeri itu telah menurun daripada sekitar 13,000 unit kepada kurang daripada 10,000 unit dalam tempoh beberapa tahun kebelakangan ini, mencerminkan pemulihan serta keyakinan pasaran yang semakin kukuh.

“Bermula 2023 hingga 2025, rumah bertanah mencatatkan kadar jualan yang sangat pantas sejajar dengan pembangunan pesat yang berlaku di Johor.

“Kebanyakan unit yang masih belum terjual adalah kediaman bertingkat tinggi, namun trend semasa menunjukkan unit ini juga semakin cepat diserap pasaran,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Sijil Layak Memiliki Rumah Johor (SLMR) kepada kira-kira 2,000 penerima Rumah Mampu Milik Johor (RMMJ), di Johor Bahru, lapor The Star.

Menurut Datuk Mohd Jafni, lokasi kediaman berhampiran RTS menjadi antara faktor utama yang mendorong peningkatan permintaan.

Ia bukan sahaja dalam kalangan pembeli tempatan malah pelabur dan pembeli rentas sempadan turut melihat potensi jangka panjang Johor sebagai hab pertumbuhan ekonomi serantau.

Dalam ucapannya, beliau menegaskan bahawa agenda perumahan rakyat kekal sebagai teras utama dasar pembangunan Kerajaan Johor, bukan sekadar memenuhi keperluan tempat tinggal, tetapi sebagai asas kepada kestabilan hidup, pembinaan keluarga serta masa depan generasi akan datang.

“Bagi kerajaan negeri, rumah bukan sekadar binaan fizikal. Ia adalah asas kesejahteraan rakyat dan komponen penting dalam memastikan pembangunan ekonomi berlaku secara adil dan menyeluruh,” katanya.

RMMJ merupakan dasar perumahan utama Johor yang dirangka bagi merapatkan jurang antara harga pasaran dan kemampuan sebenar rakyat, khususnya golongan berpendapatan rendah dan sederhana yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup serta harga rumah di kawasan bandar.

Sejak 2022 hingga suku keempat 2025, sebanyak 20,212 unit RMMJ telah berjaya disiapkan di seluruh negeri, selari dengan sasaran 30,000 unit menjelang 2026 dan 100,000 unit menjelang 2030.

Daripada jumlah itu, lebih 70 peratus unit RMMJ ditawarkan pada harga RM150,000 ($48,351) dan ke bawah, hasil campur tangan dasar kerajaan negeri yang menyerap sebahagian kos bagi memastikan rumah kekal mampu dimiliki rakyat.

Sebahagian besar unit RMMJ turut dibangunkan dalam kawasan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ), termasuk di bandar raya Johor Bahru, bagi memastikan rakyat tidak terpinggir daripada kawasan pertumbuhan ekonomi utama dan dapat tinggal berhampiran pusat pekerjaan serta kemudahan bandar.

Bagi penyampaian SLMR kali ini, sebanyak 2,000 unit RMMJ diluluskan hasil kerjasama strategik antara kerajaan negeri dan pemaju perumahan.

Daripada jumlah itu, 102 unit melibatkan RMMJ Jenis B, 1,178 unit RMMJ Jenis C dan 720 unit RMMJ Jenis D, meliputi kawasan Kluang, Kota Iskandar, Masai, Johor Bahru, Kulai dan beberapa daerah lain.

Dalam masa yang sama, Datuk Mohd Jafni turut menggesa orang ramai supaya memanfaatkan pelbagai insentif perumahan yang ditawarkan kerajaan negeri, termasuk Bantuan Beli Rumah RM5,000, Bantuan Masuk Rumah RM2,000 serta Skim Bantuan Sewa Rumah yang menyediakan RM200 sebulan selama 10 bulan.

“Bantuan ini bukan sekadar membantu pembelian rumah pertama, tetapi juga meringankan kos awal dan beban peralihan apabila rakyat melangkah ke kediaman sendiri,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg