Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pesawat M’sia Airlines ke Bangkok patah balik akibat isu tekanan

Jun 25, 2024 | 11:41 AM
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mengalami isu tekanan.
Penerbangan Malaysia Airlines MH780 dalam perjalanan ke Bangkok, Thailand, berpatah balik ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mengalami isu tekanan. - Foto MALAYSIA AIRLINES

KUALA LUMPUR: Penerbangan Malaysia Airlines MH780 mengalami ‘isu tekanan’ semasa dalam penerbangan ke Bangkok, Thailand, pada 24 Jun, selepas berlepas dari Kuala Lumpur pada 5.59 petang.

“Juruterbang telah memulakan penurunan kecemasan walaupun tekanan dalam kabin tidak melampaui dan topeng oksigen penumpang tidak digunakan,” kata Malaysia Airlines dalam satu kenyataan, lapor Berita Harian Malaysia.

Pesawat kekal stabil dan kembali ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan ia selamat mendarat pada 8.18 malam.

Insiden itu adalah yang kedua dalam tempoh seminggu, selepas Malaysia Airlines pada 20 Jun mengesahkan penerbangan MH199 dari Hyderabad, India, ke Kuala Lumpur berpatah balik ke Hyderabad, susulan masalah dengan salah satu enjin semasa pendakian selepas berlepas.

Dalam satu kenyataan, syarikat penerbangan Malaysia itu berkata pesawat itu kemudian selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Rajiv Gandhi pada 3.21 pagi waktu tempatan.

“Semua penumpang dan anak kapal berada dalam keadaan selamat. Penumpang yang terjejas akan ditawarkan penerbangan lain untuk meneruskan perjalanan mereka.

“Pesawat itu kini sedang menjalani pemeriksaan lanjut. Keselamatan adalah kekal penting kepada Malaysia Airlines,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg