Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Pesilat Terengganu maut ketika bersaing

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Pesilat Terengganu maut ketika bersaing

Mar 03, 2024 | 11:18 AM



SEREMBAN: Sukan silat Malaysia kehilangan atlet berbakat apabila Wan Muhammad Haikal Wan Hussin, 21 tahun, meninggal dunia selepas tidak sedarkan diri ketika menyertai pertandingan di Dewan Komuniti Taman Coral Height di Dewan Komuniti Taman Coral Height, pada 2 Mac.


Atlet Sukan Malaysia (Sukma) Terengganu itu, difahamkan rebah terkena tendangan lawan sebelum disahkan meninggal dunia pada 1.20 pagi pada 3 Mac ketika mendapat rawatan di Hospital Tuanku Jaafar (HTJ) di sini.

Pesilat yang bakal membuat penampilan pertama pada temasya Sukma itu rebah ketika menyertai pertandingan silat pra-Sukma anjuran Persatuan Silat Negeri Sembilan yang bermula 29 Februari hingga 4 Mac.

Arwah yang berjaya mara ke suku akhir kejohanan itu difahamkan mengalami kecederaan di dada sebelah kiri akibat ditendang lawan ketika pertandingan berlangsung, sebelum rebah dan tidak sedarkan diri sewaktu kiraan daripada wasit perlawanan.

“Arwah bersama 24 lagi atlet silat Terengganu menyertai pertandingan anjuran Negeri Sembilan sebagai persiapan menjelang temasya Sukma yang berbaki kira-kira lima bulan lagi,” kata Pengarah Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Ahmad Shahrizal Yahaya.

Kakak sulung Allahyarham, Wan Nor Haslinda berkata keluarga diberitahu mengenai kejadian itu pada 5.30 petang 2 Mac.

“Jurulatih hubungi bapa dan maklumkan yang arwah terpaksa dikejarkan ke hospital kerana tidak sedarkan diri selepas terkena tendangan pihak lawan.

“Tapi saya tidak tahu lebih lanjut bagaimana kejadian itu berlaku dan kira-kira 2.30 pagi, kami dimaklumkan yang beliau sudah meninggal dunia. Waktu tepatnya saya tak pasti,” katanya ketika dihubungi media pada 3 Mac.

Menurutnya, Allahyarham adalah anak keempat dari lima beradik dan berada di Seremban untuk Pra-Sukma.

Sementara itu, jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Seremban, berkata mangsa sudah tidak sedarkan diri selama 20 minit di lokasi dan diberikan rawatan diberikan bantuan pernafasan kecemasan (CPR).

“Sebaik kami tiba, pasukan mengambil alih pesakit serta-merta, terus mengaktifkan AED (Defibrilator Luaran Automatik) serta alat bantuan pernafasan BVM (Bag Valve Mask) serta oksigen kepada pesakit itu.


“Selepas memberi satu renjatan melalui AED, pesakit terus dibawa ke HTJ untuk rawatan susulan dan dalam masa yang sama CPR masih lagi diteruskan sehingga tiba di hospital,” katanya. – BHM.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >