Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

PH, BN sepakat kerjasama hadapi pilihan raya negeri Sabah akan datang

May 9, 2025 | 11:47 AM
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencapai kesepakatan bekerjasama dalam PRN Sabah dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi pada 8 Mei.
Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim (kanan), dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencapai kesepakatan bekerjasama dalam PRN Sabah dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi pada 8 Mei. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) bersetuju untuk bekerjasama bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 (PRN17) Sabah akan datang.

Perkara itu dinyatakan dalam satu kenyataan bersama Setiausaha Agung PH, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, dan Ketua Sekretariat Kerajaan Perpaduan, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki, pada 9 Mei.

Menurut kenyataan berkenaan, Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim, dan Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, mencapai kesepakatan itu dalam mesyuarat kepimpinan tertinggi pada 8 Mei.

“Bentuk kerjasama termasuk soal pengagihan kerusi dan perundingan dengan mana-mana parti lain akan diperincikan bersama antara kepimpinan PH dengan BN Negeri Sabah.

“Segala keputusan akan dimuktamadkan kepimpinan tertinggi PH dan BN pada peringkat kebangsaan,” menurut kenyataan itu, lapor Berita Harian Malaysia.

Tempoh pentadbiran kerajaan Sabah yang ada sekarang bakal berakhir Oktober 2025.

Pada 7 Mei, Datuk Ahmad Zahid dilaporkan berkata pintu rundingan dengan parti tempatan di Sabah, selain PH, untuk mengadakan kerjasama bagi PRN17 belum ditutup rapat.

Pihaknya masih terbuka untuk ‘duduk semeja’ berunding dengan parti tempatan lain termasuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang menerajui kerajaan negeri itu.

Mengenai cakap-cakap bahawa agihan kerusi sudah disepakati iaitu BN diperuntukkan 40 kerusi dan PH pula 33 kerusi, Presiden Umno itu menegaskan keputusan itu adalah pramatang kerana rundingan masih lagi berlangsung.

“Kami telah membuat keputusan bahawa pertamanya kerjasama antara BN dan PH mesti diperkuatkan di Sabah. Kedua, keputusannya ialah BN, PH plus plus plus.

“Jadi kita serahkan kebijaksanaan kepada kepimpinan BN di Sabah dengan panduan daripada pusat untuk mencari jalan paling bijak bagi menentukan dominasi kesepakatan ini untuk PRN17 di Sabah,” jelas Dr Ahmad Zahid.

Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor, pada 8 Mei pula dilaporkan berkata pihaknya belum memuktamadkan agihan kerusi dalam kalangan parti termasuk dengan PH.

Ketua Menteri Sabah itu juga berkata pihaknya belum menentukan parti yang akan bekerjasama dengan mereka pada PRN kali ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg