Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Langkah pinda perlembagaan Bersatu didakwa bertujuan takut-takutkan AP sokong Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Langkah pinda perlembagaan Bersatu didakwa bertujuan takut-takutkan AP sokong Anwar

Feb 26, 2024 | 01:48 PM



TANJONG KARANG: Seorang Ahli Parlimen (AP) Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) mendakwa langkah kepimpinan parti itu mahu meminda perlembagaan Bersatu adalah satu cubaan menakut-nakutkan enam AP-nya yang menyokong kepimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.


AP Tanjong Karang, Datuk Dr Zulkafperi Hanapi, berkata beliau juga percaya tindakan itu turut menyasarkan AP Bersatu yang lain yang sedang merancang menyokong Datuk Anwar.

“Apa yang didakwa sahabat saya (AP Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal), ada lima hingga lapan lagi AP yang akan mengubah sokongan kepada Datuk Anwar.

“Apa yang dilakukan ini (meminda perlembagaan parti) sebahagian daripada agenda menakut-nakutkan dan menyekat mereka yang berkira-kira untuk mengubah sokongan,” kata Datuk Dr Zulkafperi dalam satu saidang media di Tanjong Karang, lapor Berita Harian Malaysia.


Sebelum ini, aetiausaha agung Bersatu, Datuk Seri Hamzah Zainudin, berkata parti itu akan meminda perlembagaannya bagi mengambil tindakan undang-undang ke atas AP yang berbuat khianat.

Pindaan itu dirancang dibuat pada Perhimpunan Agung Khas Bersatu pada 2 Mac. Apabila pindaan itu dilakukan, wakil rakyat Bersatu yang didapati khianat boleh hilang kerusi.

Ia menyusuli keputusan mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu pada 28 Januari hendak menghalang tindakan khianat dalam kalangan wakil rakyatnya berulang pada masa depan.

Datuk Hamzah dilaporkan berkata mesyuarat itu juga bersetuju mengambil tindakan undang-undang ke atas mana-mana wakil rakyat yang khianat bagi maksud pengosongan kerusi dan Bersatu bersedia berdepan pilihan raya kecil (PRK).

Datuk Dr Zulkafperi berkata pindaan itu, yang didakwa bakal menjejas status beliau dan lima AP lain, tidak terpakai ke atas mereka. Namun, butirannya akan diserahkan kepada peguam untuk diuruskan, ujar beliau.

“Perlembagaan yang nak diubah patutnya (membabitkan) yang ke depan dan yang ke belakang (sudah berlaku) sepatutnya tidak terikat mengikut keadaan.

“Mereka mungkin boleh ubah apa-apa, tetapi akhirnya Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) akan menetapkan sama ada pindaan tersebut boleh diterima atau boleh dilakukan,” katanya.

Selain Datuk Dr Zulkafperi, lima lagi AP Bersatu yang menyatakan sokongan kepada Datuk Anwar ialah Datuk Syed Abu Hussin (AP Bukit Gantang); Encik Zahari Kechik (AP Jeli); Encik Mohd Azizi Abu Naim (AP Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (AP Kuala Kangsar) dan Datuk Suhaili Abdul Rahman (AP Labuan).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >