Pinjaman tertunggak: Datuk Vida gagal ketepikan penghakiman ingkar RM15.5j

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Pinjaman tertunggak: Datuk Vida gagal ketepikan penghakiman ingkar RM15.5j

Mar 5, 2026 | 11:06 PM

Pinjaman tertunggak: Datuk Vida gagal ketepikan penghakiman ingkar RM15.5j

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
Usahawan kosmetik popular Malaysia, Datuk Seri Hasmiza Othman.
Usahawan kosmetik popular Malaysia, Datuk Seri Hasmiza Othman. - Foto fail

KUALA LUMPUR: Usahawan kosmetik popular Malaysia, Datuk Seri Hasmiza Othman, yang lebih dikenali sebagai Datuk Vida, gagal mengetepikan penghakiman ingkar bernilai RM15.5 juta ($5 juta) yang diperoleh Maybank Islamic berhubung pinjaman tertunggak.

Hakim Mahkamah Tinggi Norsharidah Awang, menolak permohonan Datuk Vida dan syarikatnya, Vida Beauty Sdn Bhd, atas alasan pemohon gagal menunjukkan sebarang pembelaan bona fide dan penghakiman itu diperoleh secara teratur.

Penghakiman ingkar direkodkan apabila defendan (Datuk Vida) gagal hadir atau memberikan maklum balas dalam tempoh ditetapkan, sekali gus membolehkan plaintif memperoleh penghakiman tanpa perbicaraan penuh.

Menurut dokumen mahkamah, pertikaian itu berpunca daripada dua kemudahan Commodity Murabahah Term Financing-i (CMTF-i) berjumlah RM8.946 juta yang diberikan kepada Vida Beauty pada Oktober 2017 dengan tempoh bayaran balik selama 15 tahun.

Datuk Vida turut menandatangani jaminan peribadi bagi kedua-dua kemudahan berkenaan, lapor Harian Metro.

Bagaimanapun, bank menamatkan kemudahan itu selepas defendan gagal menjelaskan ansuran bulanan dan menuntut bayaran penuh harga jualan bank, termasuk keuntungan serta caj bayaran lewat.

Pada 6 Januari 2023, mahkamah merekodkan penghakiman ingkar kehadiran terhadap defendan berjumlah RM15,520,708.91 selepas mereka gagal memasukkan kehadiran.

Pada Disember tahun sama, defendan memfailkan permohonan untuk mengetepikan penghakiman itu serta memohon lanjutan masa bagi memfailkan pembelaan.

Mereka berhujah writ dan pernyataan tuntutan tidak disampaikan dengan sempurna serta mendakwa mempunyai pembelaan yang bermerit.

Datuk Vida turut berhujah tuntutan bank adalah pramatang dan jumlah dituntut merangkumi keuntungan belum diperoleh serta isu berkaitan ibra’ (rebat).

Dalam alasan penghakimannya pada 4 Mac, Hakim Norsharidah berkata kelewatan kira-kira 11 bulan dalam memfailkan permohonan berkenaan adalah tidak munasabah dan tidak diberikan penjelasan mencukupi.

Beliau berkata walaupun mahkamah mempunyai budi bicara untuk melanjutkan tempoh, ia bukanlah automatik dan mesti disokong dengan alasan yang memuaskan.

Mahkamah mendapati writ itu telah disampaikan mengikut terma perjanjian pembiayaan dan jaminan, yang membenarkan penyampaian melalui pos berdaftar prabayar ke alamat kontrak.

Hakim Norsharidah berkata defendan gagal mengemukakan sebarang pembelaan yang wajar untuk dibicarakan dan membenarkan permohonan itu akan menjejaskan kemuktamadan prosiding serta kepastian komersial.

Mahkamah kemudian turut menganugerahkan kos RM5,000 kepada pihak bank.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg