Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Plus laksana lencongan jalan di Kulai-Sedenak antara 27-30 Okt

Oct 24, 2025 | 5:24 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Plus Malaysia Berhad (Plus) akan melaksanakan lencongan jalan secara berperingkat di laluan Kulai-Sedenak bermula 27 Oktober hingga 30 Oktober (Isnin hingga Khamis) bagi kerja pemasangan rasuk jambatan di bawah Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara–Selatan dari Yong Peng (Utara) ke Senai (Utara).

Plus dalam satu kenyataan pada 24 Oktober memaklumkan kerja pemasangan itu dijadualkan dijalankan antara KM34.20 hingga KM36.20 arah selatan serta KM32.50 hingga KM34.50 arah utara dari 10 malam hingga 5 pagi.

“Sepanjang tempoh berkenaan, trafik akan dilencongkan ke laluan paling kanan bagi mewujudkan zon kerja selamat serta meminimumkan gangguan kepada pengguna lebuh raya,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Plus turut menasihatkan pengguna supaya merancang perjalanan lebih awal dengan menggunakan aplikasi Plus untuk mendapatkan maklumat trafik terkini, selain mematuhi semua papan tanda dan arahan petugas di lokasi kerja.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg