Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Podcast undang ‘hot daddy’ dikecam promosi zina

Feb 7, 2024 | 12:43 PM
Satu laman web penstriman berkongsi gambar bersama ‘hot daddy’ yang didakwa terbabit aktiviti persundalan di media sosial, mendapat kritikan banyak pihak. Gambar kecil: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor.
Satu laman web penstriman berkongsi gambar bersama ‘hot daddy’ yang didakwa terbabit aktiviti persundalan di media sosial, mendapat kritikan banyak pihak. Gambar kecil: Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

KUALA LUMPUR: Tindakan satu laman web penstriman yang mengundang ‘hot daddy’ (suspek satu kes video lucah) sebagai tetamu podcast, mendapat kecaman ramai dengan kerajaan Malaysia digesa mengambil tindakan terhadap pihak terbabit yang cuba mempromosi dan membiasakan kegiatan persundalan.

‘Hot daddy’ merujuk gelaran kepada seorang lelaki yang tular dan kini berdepan pendakwaan di mahkamah atas kesalahan mempromosi aktiviti seks untuk keuntungan dengan merakam dan menjual aksi hubungan intim melalui media sosial.

Timbalan Pengerusi Majlis Ulama Isma (Muis), Profesor Madya Dr Ahmad Sanusi Azmi, menyifatkan tindakan mengundang lelaki berkenaan sebagai tetamu podcast itu dilihat sebagai mempromosi perbuatan zina.

“Situasi ini begitu bercanggah dengan ajaran Rasulullah yang mencela mereka yang suka mendedahkan dosa sendiri.

“Dunia sudah terbalik. ‘Hot daddy’ dijemput sebagai tetamu podcast. Dalam erti kata lain, orang yang berzina dijemput sebagai tetamu wawancara, manakala mereka yang bernikah secara halal pula yang menjadi bahan kecaman orang ramai,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 6 Februari.

Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor, pula melahirkan rasa kesal menyifatkan tindakan itu boleh dianggap sebagai satu cara mempromosi serta membiasakan persundalan.

“Sekiranya keadaan ini tidak dikekang atau dicegah, dibimbangi ia akan mempengaruhi remaja dan membawa mereka ke jurang keruntuhan akhlak.

“Kerajaan sepatutnya memandang serius perbuatan itu dan mengambil tindakan tegas terhadap golongan yang mempromosi kemungkaran sedemikian kerana ia boleh merosakkan nilai akhlak masyarakat,” katanya.

Bagaimanapun, sehingga hari ini, podcast berkenaan belum disiarkan oleh pengasas podcast berkenaan.

Pada 26 Januari lalu, lelaki terbabit, Hasli Ikhwan Arif Zul Hasli, 32 tahun, dan dua teman wanitanya, Norhidayah Mahadi, 24 tahun, dan Norshazrina Md Zamri, 27 tahun, mengaku tidak bersalah semasa dihadapkan tuduhan.

Ketiga-tiga mereka dituduh mempromosi kegiatan seks untuk keuntungan yang membawa hukuman penjara hingga 15 tahun dan sebatan serta denda jika sabit kesalahan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg