Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis Johor siasat pergaduhan di Tambak Johor dalam video tular 

Feb 15, 2025 | 4:01 PM
Sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menunjukkan dua lelaki bergaduh di jalan raya Koswe yang sibuk.
Sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna Facebook menunjukkan dua lelaki bergaduh di jalan raya Koswe yang sibuk. - Foto FANDYJUNAS/FACEBOOK

JOHOR BAHRU: Polis Johor sedang menyiasat pergaduhan di Tambak Johor selepas video pergaduhan itu tular di media sosial pada 14 Februai.

Ketua Penolong Pesuruhjaya Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Encik Raub Selamat, berkata polis dimaklumkan mengenai kejadian itu pada hari sama dan ia sedang mencari individu yang terlibat untuk membantu dalam siasatan.

Polis Johor juga sedang mencari saksi kejadian untuk mengetahui punca pergaduhan itu.

“Kami sedang giat menyiasat kejadian tersebut untuk mengenal pasti individu yang terlibat, mencari saksi, dan menentukan punca pergaduhan,” kata Encik Raub dalam satu kenyataan pada 15 Februari.

Beliau juga menggesa orang awam yang mempunyai maklumat berkaitan untuk menghubungi talian bantuan polis di (+60)7 2182323 bagi membantu dalam siasatan. 

Sebelum itu, video sepanjang satu minit dimuat naik oleh pengguna Facebook bernama “Fandyjunas” yang menunjukkan dua lelaki bergaduh di jalan raya yang sibuk. 

Video yang dirakam oleh pemandu lori itu menunjukkan kededua lelaki berhenti di jalan raya sebelum berlakunya sebuah pertengkaran yang berakhir dengan pergaduhan. 

Beberapa pengguna jalan raya lain cuba untuk memisahkan mereka. Sehingga 4 petang pada 15 Februari, video tersebut telah ditonton lebih 3.3 juta kali. - THE STAR/ASIA NEWS NETWORK

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg