Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis KL rampas dadah bernilai RM118 juta dalam 3 bulan

Apr 7, 2025 | 3:45 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Polis Kuala Lumpur merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM118 juta ($35.5 juta) dalam tempoh tiga bulan 2025 membabitkan 5,783 tangkapan dalam tempoh sama.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Rusdi Mohd Isa, berkata nilai rampasan dadah yang direkodkan dalam tempoh tiga bulan itu menunjukkan peningkatan tujuh kali ganda berbanding tempoh sama 2024 iaitu RM19.3 juta.

Katanya, angka itu turut melebihi nilai rampasan dadah oleh Polis Kuala Lumpur yang direkodkan dalam tempoh sepanjang 2024 iaitu keseluruhan RM112.8 juta.

“Bagi tempoh tiga bulan daripada Januari hingga Mac tahun lalu (2024), jumlah tangkapan adalah seramai 5,977 orang manakala jumlah tangkapan untuk tempoh setahun (2024) adalah seramai 21,544 orang.

“Untuk tempoh Januari hingga Mac pada tahun lalu (2024) dan tahun ini (2025), perbandingan menunjukkan jumlah tangkapan berkurang daripada 5,977 pada 2024 kepada 5,783 pada 2025, namun rampasan dadah meningkat tujuh kali ganda,” katanya dalam satu sidang media selepas Majlis Serah Terima Tugas Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Kuala Lumpur, di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur di sini pada 7 April.

Terdahulu, Datuk Rusdi menyaksikan upacara serah terima tugas di antara Ketua JSJN Kuala Lumpur yang baru, Penolong Pesuruhjaya Zulkepli Hashim dan pemangku Ketua JSJN Kuala Lumpur, Superintendan Mohamad Alpiyang Ali.

Mengulas lanjut, Datuk Rusdi berkata walaupun JSJN Kuala Lumpur pada laporan mingguan berhubung operasi, tangkapan dan rampasan dadah berjaya mencapai petunjuk prestasi utama (KPI) ditetapkan, namun usaha pembanterasan dadah di ibu kota perlu dipertingkatkan lagi.

“Walaupun situasi kini menjadi lebih baik kerana masyarakat tidak lagi melihat ramai penagih dadah berada di lorong-lorong, namun banyak elemen lain yang perlu ditangani termasuk penggunaan dadah di pusat hiburan.

“Kita mahu masyarakat turut merasai kejayaan yang dilakukan oleh pihak polis dengan melihat persekitaran yang bebas dadah walaupun isu dadah tidak mungkin dapat dibanteras secara total namun kita cuba lakukan tindakan yang paling maksimum,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg