Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Polis selamatkan buruh paksa warga Indonesia, Myanmar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Polis selamatkan buruh paksa warga Indonesia, Myanmar

Dec 15, 2023 | 12:25 PM



GOMBAK: Bekerja lebih 12 jam sehari, tidak dibenarkan keluar dan tiada gaji selama empat bulan bekerja.


Itulah nasib malang yang dipercayai dialami dua pekerja asing warga Indonesia dan Myanmar, yang disyaki dieksploitasi sebagai buruh paksa oleh majikannya yang mengusahakan premis memproses bahan plastik terpakai dari China.

Bagaimanapun, penderitaan mereka berakhir selepas diselamatkan Bahagian D3 Antipemerdagangan Manusia dan Antipenyeludupan Migran (Atipsom) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, menerusi Ops Bersepadu TIP di kawasan Perindustrian Kundang, Rawang, Selangor, pada 14 Disember.

Ketua Penolong Pengarah D3 Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Soffian Santong, berkata kedua-dua mangsa dipercayai dipaksa bekerja selama 12 jam setiap hari.

Katanya serbuan pada 4.10 petang itu dijalankan bersama Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Selangor.

“Temu bual awal dijalankan dengan menggunakan penterjemah rakan senegara mendapati mangsa tidak dibenarkan keluar serta tidak menerima gaji lebih empat bulan.

“Didapati seorang lelaki Indonesia yang sudah bekerja sekitar setahun didapati kehilangan jari tengah di tangan kanan akibat kemalangan di tempat kerja dan berlaku pengabaian oleh majikan kerana tidak memberi rawatan sepatutnya malah dipaksa untuk terus bekerja,” katanya lapor Berita Harian Malaysia pada 15 Disember.


Beliau berkata siasatan awal mendapati premis itu sudah beroperasi selama setahun tanpa lesen, malah turut menggajikan pendatang asing tanpa izin (Pati) bagi kerja memproses bahan plastik terpakai dari China.

“Hasil pemeriksaan berjaya membuat tangkapan 15 orang dan menyelamatkan dua mangsa pemerdagangan manusia warga Indonesia dan Myanmar.

“Tangkapan Pati terdiri daripada 10 lelaki dan lima wanita merangkumi tiga warga Myanmar, Bangladesh (satu), China (empat), dan Indonesia (tujuh),” katanya.

Semua pekerja terbabit tidak dibenarkan keluar dari premis sesuka hati dengan pintu utama hanya boleh dibuka menggunakan alat kawalan jauh yang dipegang oleh seorang penjaga.

Menurutnya, penjaga premis yang juga berperanan sebagai penyelia kilang itu ditahan bersama seorang lagi suspek dipercayai pembantunya.

Semua Pati dan suspek terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12 Akta Atipsom 2007, Seksyen 6(1)(c) dan Seksyen 55B Akta Imigresen 1959/63,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >