Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Polis serbu restoran promosi komunisme di Selangor

Dec 6, 2024 | 12:44 PM
Restoran barbeku di Klang, Selangor, yang mempromosikan budaya komunisme diserbu polis, dengan pengurus restoran ditahan untuk membantu siasatan.
Restoran barbeku di Klang, Selangor, yang mempromosikan budaya komunisme diserbu polis, dengan pengurus restoran ditahan untuk membantu siasatan. - Foto INSTAGRAM TV PERTIWI

KUALA LUMPUR: Polis menyerbu sebuah restoran barbeku yang dikesan berunsur dan mempromosikan agenda komunisme di Bandar Botanic, Klang, Selangor, dan menahan pengurus restoran berkenaan bagi membantu siasatan.

Serbuan polis itu susulan perkongsian video di media sosial menunjukkan beberapa peralatan hidangan makanan dan minuman di premis terbabit yang berunsur dan mempromosikan agenda komunis, termasuk memaparkan cetakan gambar pemimpin komunis.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain, berkata pihaknya mengambil tindakan segera menyerbu restoran itu pada 4 Disember, selepas didapati terdapatnya unsur yang mempromosikan budaya komunis.

“Pada peringkat awal, kita menerima maklumat ini daripada pautan YouTube atas akaun ‘Luiswong90’ sebelum menjalankan risikan lanjut.

“Susulan risikan yang dibuat, Polis Daerah Klang Selatan melakukan serbuan dan menahan seorang lelaki yang juga pengurus restoran terbabit berusia 20 tahun.

“Dalam serbuan sama, polis turut merampas lima mangkuk seramik tercatit tulisan Bahasa Cina dan gambar muka Presiden Komunis China, Mao Zedong, bersama rakan-rakannya; cawan kaca teh seramik tercatit tulisan Bahasa Cina berserta gambar; sudu sup seramik mempunyai gambar Mao Zedong dan resit perniagaan,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.

Tan Sri Razarudin berkata hasil soal siasat terhadap suspek yang bekerja sejak Oktober 2023, peralatan hidangan itu dibeli oleh rakan pemilik restoran yang tinggal di negara China untuk digunakan di restoran berkenaan.

“Permohonan reman ke atas suspek dibuat di Mahkamah Majistret Klang selama dua hari untuk siasatan lanjut dan semakan lesen akan dibuat kepada Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK).

“Semakan ke atas pemilik akaun ‘Luiswong90’ juga akan dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM),” katanya.

Beliau berkata Polis Diraja Malaysia (PDRM) sentiasa komited dalam memastikan tiada pihak yang cuba mengganggu-gugat ketenteraman dan keharmonian negara selain mendatangkan kegusaran awam.

Ideologi komunisme ditolak keras dan dianggap ancaman oleh rakyat Malaysia susulan beberapa detik hitam dalam sejarah pergerakan komunis seperti Parti Komunis Malaya di negara itu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg