Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Projek peluasan Lebuhraya Plus akan dilanjutkan ke susur keluar Ayer Hitam

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Projek peluasan Lebuhraya Plus akan dilanjutkan ke susur keluar Ayer Hitam

Apr 01, 2024 | 11:20 AM



ISKANDAR PUTERI (Johor): Kerajaan Malaysia bersetuju melanjutkan projek peluasan Lebuhraya Utara-Selatan (Plus) yang sebelum ini berakhir di Simpang Renggam, diteruskan sehingga ke Ayer Hitam.


Timbalan Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata pertambahan 17 kilometer lagi projek peluasan Lebuhraya Plus itu dibuat berikutan peruntukan RM931 juta ($265.8 juta) yang diberikan kerajaan mencukupi sehingga ke lokasi baru berkenaan.

Beliau berkata Jabatan Kerja Raya (JKR) ketika ini sedang melaksanakan Kajian Nilai (VA) supaya projek perluasan itu tidak hanya berakhir di Simpang Renggam.

“Sebelum ini sudah diumumkan projek peluasan Lebuhraya Plus daripada empat lorong kepada enam membabitkan peruntukan RM525 juta iaitu sejauh 21 kilometer (km) antara Senai Utara ke Sedenak.

“Namun, dalam Belanjawan 2024 yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengatakan bahawa kerajaan bersetuju melaksanakan projek peluasan Lebuhraya Plus daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak sehingga ke Simpang Renggam, dengan peruntukan RM931 juta.

“Hari ini saya ingin memaklumkan dengan peruntukan sama RM931 juta, projek peluasan Lebuhraya Plus antara Sedenak bukan berakhir di Simpang Renggam sahaja, tetapi ia akan diteruskan sehingga ke Ayer Hitam membabitkan pertambahan 17km lagi, katanya, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Beliau berkata demikian pada satu sidang media pada 31 Mac.

Pada 12 Oktober lalu, kerajaan Malaysia dilaporkan bersetuju untuk melaksanakan projek peluasan Lebuhraya Plus daripada empat kepada enam lorong dilanjutkan dari Sedenak ke Simpang Renggam, Johor.


Setakat ini, laluan enam hingga lapan lorong di Lebuhraya Plus dari Kuala Lumpur ke selatan hanya berakhir di Melaka.


Ia bermakna hampir keseluruhan jajaran lebuhraya berkenaan di Johor hanya mempunyai empat lorong, menyebabkan kesesakan di kawasan berkenaan pada waktu sibuk musim perayaan dan cuti persekolahan selain sering dilaporkan berlaku kemalangan maut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >