Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Tol percuma di lebuh raya M’sia pada 8, 9 Feb

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Tol percuma di lebuh raya M’sia pada 8, 9 Feb

Feb 08, 2024 | 02:12 PM



KUALA LUMPUR: Pengguna di lebuh raya Malaysia membabitkan kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) boleh menikmati pengecualian bayaran tol selama dua hari pada 8 dan 9 Februari, sempena sambutan Tahun Baru Cina.


Kementerian Kerja Raya (KKR) memaklumkan kemudahan tol percuma itu diberikan hasil persetujuan dicapai melalui mesyuarat Jemaah Menteri.

Pemberian tol percuma ini dilaksanakan di semua lebuh raya bermula 12.01 tengah malam pada 8 Februari 2024 (Khamis) dan akan berakhir pada 11.59 malam 9 Februari 2024 (Jumaat) di mana implikasi kewangan dianggarkan berjumlah RM42.9 juta ($12.15 juta).

“Pengecualian tol akan diberikan kepada kenderaan kelas 1 (kenderaan persendirian) saja di semua plaza tol, kecuali di sempadan negara iaitu Bangunan Sultan Iskandar (BSI) dan Plaza Tol Tanjung Kupang, Johor.

“Tol percuma ini adalah sebagai tanda prihatin dan sama-sama ingin berkongsi kegembiraan bersama rakyat Malaysia yang menyambut perayaan Tahun Baru Cina kali ini,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.


Kementerian tersebut menyatakan pelaksanaan pemberian tol percuma ini diharap dapat dimanfaatkan pengguna lebuh raya dengan merancang perjalanan sewajarnya dan dinasihatkan mematuhi cadangan jadual waktu perjalanan yang disyorkan.

“Aspek keselamatan serta pemanduan selamat perlulah dipatuhi supaya semua pengguna lebuh raya dapat sampai ke destinasi dengan selamat dan sambutan perayaan Tahun Baru Cina ini akan menjadi lebih bermakna bersama keluarga tercinta,” katanya.

Lembaga Lebuh raya Malaysia (LLM) jangkakan sebanyak 2.4 juta kenderaan sehari akan menggunakan lebuh raya sempena cuti Tahun Baru Cina bermula 8 Februari.

LLM dalam kenyataan berkata daripada jumlah itu, sebanyak 1.5 juta kenderaan akan menggunakan Lebuhraya Utara Selatan (Plus) manakala 199,000 kenderaan dijangka menggunakan Lebuhraya KL-Karak; Lebuhraya Pantai Timur (LPT) Fasa 1 (106,000) dan Pantai Timur Fasa 2 (61,000).

Polis Diraja Malaysia (PDRM) pula akan mempertingkatkan pengawasannya di 18 lokasi ‘hot spot’ dan 46 lokasi ‘black spot’ di lebuh raya seluruh negara sempena Op Selamat Tahun Baru Cina ke-21 bermula 8 Februari.

Untuk rekod, lokasi hot spot adalah kawasan yang kerap berlaku kesesakan lalu lintas manakala lokasi black spot adalah lokasi yang sering berlaku kemalangan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >