KUALA LUMPUR: Pusat beli-belah 118 Mall bakal membuka pintunya pada Ogos 2026, lokasi menarik yang menggabungkan warisan sejarah ibu kota dengan gaya hidup serba baharu yang moden.

Terletak di presint bersejarah Merdeka 118, sebuah destinasi global di pusat bandar Kuala Lumpur, 118 Mall kini berada di peringkat akhir transformasi.