Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rang lebih tegas perangi jenayah siber, jamin keselamatan dalam talian

Dec 2, 2024 | 5:09 PM
Menteri Komunikasi Encik Fahmi Fadzil.
Menteri Komunikasi Encik Fahmi Fadzil. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Kerajaan Malaysia semakin tegas dalam usaha memerangi jenayah siber demi menjamin keselamatan dalam talian dengan pembentangan dua rang undang-undang berkaitan di Dewan Rakyat pada 2 Disember.

Dua rang itu ialah Rang Undang-Undang Komunikasi dan Multimedia (Pindaan) 2024 (Akta 588) dan Rang Undang-Undang Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Pindaan) 2024.

Menteri Komunikasi, Encik Fahmi Fadzil, membentangkan kedua-dua rang itu bagi bacaan pertama di Dewan Rakyat setelah sesi soal jawab lisan.

Pindaan terhadap kedua-dua akta itu sebahagian daripada langkah kerajaan memastikan ekosistem digital di negara ini bukan sahaja berkembang pesat, malah lebih selamat dan bebas daripada ancaman jenayah siber.

Encik Fahmi menegaskan bahawa kerajaan tidak akan bertolak ansur dalam usaha membanteras kegiatan jenayah dalam talian, sekali gus menjadikan Internet sebagai wadah lebih selamat untuk pengguna.

Beliau berkata pindaan Akta 588, yang telah berkuat kuasa selama 26 tahun, akan meliputi penambahbaikan pada skop penggunaan Seksyen 233, berhubung penggunaan tidak wajar kemudahan atau perkhidmatan rangkaian, bagi mengelakkannya disalah guna.

Selain itu, pindaan tersebut menyentuh aspek media sosial, pembangunan industri dan keselamatan rangkaian.

Berdasarkan data yang dikeluarkan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) dari 2022 sehingga 1 November 2024, jumlah pemohonan menurunkan kandungan lucah mencapai 2,089, manakala kandungan palsu mencecah 24,934 sementara kandungan unsur jelik sebanyak 21,147 permohonan.

Dalam tempoh sama, jumlah permohonan menurunkan kandungan dengan kesalahan melibatkan perjudian mencecah 169,769, sementara kesalahan penipuan (scam), termasuk akaun palsu dan penyamaran, sebanyak 61,469 permohonan. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg