Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Rangka manusia ditemui di ladang kelapa sawit Perak

May 8, 2025 | 2:36 PM
rangka manusia, mati, ladang kelapa sawit, Perak
Ketua Polis Daerah Muallim Superintendan Mohd Hasni berkata kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat selesai. - Foto PDRM

SLIM RIVER (Perak): Polis meminta orang ramai yang kehilangan ahli keluarga, saudara atau rakan tampil membantu siasatan berhubung penemuan rangka manusia di sebuah ladang sawit dekat Ladang Bukit Besout, Jalan Kuala Slim-Slim River pada petang Ahad.

Ketua Polis Daerah Muallim, Superintendan Mohd Hasni Mohd Nasir, berkata siasatan itu bagi mengenal pasti identiti mangsa, lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata rangka itu dijumpai orang awam yang dalam perjalanan ke kebun berhampiran ladang sawit berkenaan.

“Polis menerima maklumat penemuan rangka manusia daripada orang awam kira-kira 5.13 petang Ahad lalu.

“Siasatan dibuat dengan bantuan sepasukan unit K9 Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan menjumpai hampir keseluruhan rangka manusia, kecuali kedua belah tapak tangan.

“Rangka itu dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh untuk bedah siasat, “ katanya dalam kenyataan.

Superintendan Mohd Hasni berkata kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut sehingga keputusan bedah siasat selesai.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg