Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Rasai budaya, makanan Sabah, Sarawak di Selangor

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rasai budaya, makanan Sabah, Sarawak di Selangor

Jan 25, 2024 | 05:30 AM



Pelancong yang belum berpeluang melawat Sabah dan Sarawak bolehlah mengunjungi Pasar Borneo – di Selangor – yang menjanjikan kesempatan merasai budaya unik dan makanan lazat dua negeri itu.

Pasar Borneo, yang terletak di Seri Kembangan, dibuka setiap Sabtu sejak lapan tahun lalu hasil usaha perantau dari Sabah dan Sarawak yang bekerja di Selangor dan Kuala Lumpur.

Pasar ini juga menjadi tempat anak jati Sabah dan Sarawak mengubat kerinduan terhadap makanan tradisional negeri itu, seperti mi kolok, kek lapis sarawak, celorot, ikan pansuh, asam terung, ayam palekko, jeruk bambangan, kuih cincin dan aneka menu yang sukar didapati di pasaran Semenanjung.

Menurut seorang ahli jawatankuasa Pasar Borneo, Cik Endang Anak Udol, yang berasal dari Betong, Sarawak, terdapat lebih 60 peniaga di pasar itu dan suasananya lebih meriah setiap kali tiba musim buah yang akan dibawa khas dari negeri Borneo itu.

Menurutnya, pasar yang dibuka dari 5 hingga 11 pagi itu juga menjadi lokasi pengunjung mendapatkan sayuran seperti pucuk midin dan buah seperti buah tarab, selain hasil laut segar yang dibawa khas dari Sabah dan Sarawak.

“Idea penubuhan Pasar Borneo ini tercetus apabila ramai perantau dari Sabah dan Sarawak sukar mendapatkan produk atau makanan dari negeri kelahiran kami. Mulanya jumlah peniaga kecil saja, tetapi lama-kelamaan semakin mendapat sambutan dan berkembang seperti sekarang.

“Selain anak jati Sabah dan Sarawak, ramai pelancong mengunjungi pasar ini dan rata-rata mereka mahu melepaskan rindu mendapatkan menu dan hasil produk dua negeri ini,” kata Cik Endang, 43 tahun, sambil menambah bahawa semua makanan di situ halal.

Seorang anak jati Kapit, Sarawak, Encik Bennet Anak Utie, 42 tahun, yang sudah tiga tahun bekerja di Selangor, gembira kerana pasar itu membolehkannya mencari pendapatan sampingan dengan berniaga makanan di situ.

Menyajikan masakan asli Sarawak sejak tiga tahun lalu, Encik Bennet berkata beliau mendapatkan bekalan bahan mentah bagi menu jualannya dari Pasar Borneo sendiri.

“Jadi lebih mudah kerana semua bahan masakan Sarawak seperti rempah ratus, sayuran dan aneka sos yang diperlukan boleh diperoleh di sini. Tidak perlu lagi berulang-alik ke Sarawak untuk mendapatkannya,” katanya.


Antara menu dijual Encik Bennet yang paling mendapat sambutan ialah umbut pisang dengan ayam bakar, perut ayam, nenas ikan, ikan keli kukus, tempoyak ikan masin dan terung dayak.


Seorang askar asal Sarawak yang bertugas di Kuala Lumpur, Encik Sanggau Anak Mang, 40 tahun, mengambil peluang menjual cenderahati, pakaian tradisional dan aksesori perhiasan diri dari negeri itu.

“Semua barang jualan dibawakan khas dari Sarawak. Pembeli bukan warga Borneo saja, bahkan pelancong dan penduduk Semenanjung yang mahu mendapatkan produk tradisional dan asli dari sana,” katanya.

Pengunjung Diana Daud, 32 tahun, dari Sabah, berkata beliau, yang sudah 18 tahun bekerja di Kuala Lumpur, akan ke Pasar Borneo apabila ingin mendapatkan pelbagai barang dan hidangan asal dari negeri kelahirannya.

“Yang wajib saya beli setiap kali ke sini ialah kuih cincin, amplang, kuih pasung, bamban, pastil dan nasi kuning... Di sini banyak pilihan makanan Sabah dan Sarawak yang sukar ditemui di Semenanjung,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >