Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Rasuah sebabkan M’sia kian sukar tarik pelabur asing: Rafidah

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Rasuah sebabkan M’sia kian sukar tarik pelabur asing: Rafidah

Jan 24, 2024 | 01:10 PM



KUALA LUMPUR: Rentetan kes rasuah membabitkan ahli politik Malaysia yang diheret ke mahkamah menyebabkan negara itu semakin sukar menarik minat pelabur asing, menurut mantan menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Tan Sri Rafidah Aziz.


Beliau berkata walau berapa cekap perkhidmatan awam di Malaysia, kes mahkamah ahli politik tetap membayangi pelabur asing, seterusnya memberi tanggapan buruk terhadap negara itu.

Tan Sri Rafidah memberi pandangannya itu dalam podcast Keluar Sekejap yang dikendalikan mantan menteri yang juga ahli Umno, Encik Khairy Jamaludin, dan Encik Shahril Hamdan, lapor Berita Harian Malaysia pada 23 Januari.


Malaysia menyaksikan beberapa kes rasuah membabitkan individu dan pemimpin berprofil tinggi.

Antaranya kes rasuah membabitkan bekas perdana menteri Najib Razak, yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun bagi kesalahan salah guna kuasa, pengubahan wang haram dan pecah amanah melibatkan dana SRC International berjumlah RM42 juta ($11.89 juta).

Seorang lagi mantan perdana menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, berdepan tuduhan pengubahan wang haram membabitkan kira-kira RM200 juta dana yang dikaitkan dengan program Jana Wibawa, yang diperkenalkan pentadbirannya untuk merangsang pemulihan ekonomi selepas pandemik Covid-19.

Tan Sri Rafidah turut menekankan kestabilan politik tidak akan dicapai jika kerajaan dan dasar sering ditukar.

“Kestabilan politik perlulah memberi fokus pada sesuatu perkara untuk jangka masa panjang. Bila tukar kerajaan sama seperti tukar baju dalam, baju dalam yang kotor pula tu.

“Kita pernah ada di sana (menjadi kerajaan) selama berdekad dan hanya akan perbetulkan dasar sekiranya perlu. Tetapi, sekarang buat dasar baru ketika jadi kerajaan. Itu sebab jadi kerajaan jangka pendek (dan buat dasar baru) untuk kelangsungan hidup.

“Kita perlukan kerajaan yang fikir untuk pembangunan (bukannya) yang takut dia tak menang (pilihan raya) lagi beberapa tahun, jadi dia buatlah dasar baru. Tak boleh macam ini, kita kena lihat jauh daripada itu,” ujarnya.

Ketika menjawab soalan Encik Khairy berkaitan Umno, mantan ketua Wanita Umno itu berkata beliau sudah lama tidak menjadi ahli parti itu kerana beliau menyifatkan perjuangan parti itu “sudah tersasar”.

“Saya tak kasih sayang pada pertubuhan (Umno), tapi kasih sayang saya pada perjuangan. Kalau perjuangan itu betul, kita sayanglah. Ini perjuangan dah melelong (tersasar). Takkan saya nak masuk parit sama dengan dia, banganglah saya,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >