Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Tak susah siasat saya, lebih susah siasat PM, DPM yang ada kuasa’

Jan 22, 2024 | 5:31 PM
SEDIA DISIASAT: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau sukar disiasat, sebaliknya bersedia untuk disiasat pada bila-bila masa.
SEDIA DISIASAT: Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad (kanan) menafikan dakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa beliau sukar disiasat, sebaliknya bersedia untuk disiasat pada bila-bila masa. - Foto FACEBOOK DR MAHATHIR MOHAMAD

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, menafikan kenyataan dibuat Perdana Menteri semasa, Datuk Seri Anwar Ibrahim, bahawa beliau sukar disiasat hanya kerana menyandang gelaran Tun.

Dr Mahathir menegaskan beliau tidak bersetuju dengan kenyataan itu memandangkan dirinya tidak mempunyai kuasa sebagaimana pemimpin dalam kerajaan sekarang yang sukar disiasat kerana memegang jawatan.

“Hari ini saya terbaca dalam akhbar Anwar kata bukan mudah nak siasat Tun. Saya tak bersetuju kerana saya mudah disiasat kerana kerajaan sekarang mempunyai kuasa... saya tak ada kuasa.

“Yang susah nak siasat ialah Perdana Menteri, kepala (ketua) SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia), pegawai tinggi dalam Kerajaan seperti Timbalan Perdana Menteri (DPM). Itu susah.

“Anda tak boleh siasat mereka. Kenapa tak boleh siasat? Kerana dahulu pendakwaan biasanya akan dipendekkan, atau dihentikan. Tiada siasatan ke atas individu yang berprofil tinggi seperti mereka.

“(Yang sukar disiasat) bukan Tun... Anwar bukan Tun, (Datuk Seri Ahmad) Zahid Hamidi bukan Tun, (Tan Sri) Azam Baki (ketua SPRM) bukan Tun, tetapi mereka tak boleh disiasat,” katanya pada sidang media khas di Putrajaya pada 22 Januari.

Pada 21 Januari, Datuk Anwar dilaporkan berkata bukan mudah untuk menjalankan sebarang siasatan terhadap golongan kenamaan, termasuk individu bergelar Tun.

Dr Mahathir dikatakan mengadakan sidang media itu untuk menjawab tuduhan terhadap anaknya, Encik Mirzan Mahathir, yang didakwanya diugut akan dipenjarakan selama lima tahun sekiranya melakukan perkara bertentangan pendakwaan yang sedang dihadapinya.

Mantan Ahli Parlimen (AP) Langkawi itu juga menyatakan kesediaan penuh untuk disiasat oleh pihak berkuasa.

“Nak tengok akaun saya atau apa, boleh tengok. Bank mana (yang berkaitan)... nak tuduh saya tak bayar hasil, boleh tengok. Boleh siasat saya kononnya ada duit berbilion,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg