Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Restoran jual minuman panas RM15.90 di Johor disiasat

Feb 21, 2024 | 6:14 PM
Foto hiasan
Foto hiasan - Foto LAMAN WEB HELLO DOKTOR

JOHOR BAHRU: Sebuah restoran di pusat peranginan di Kota Tinggi, Johor, dikenakan notis bertulis (NB) oleh penguat kuasa selepas terdapat aduan berkaitan secawan minuman panas dijual pada harga RM15.90 ($4.46).

Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Johor, Cik Lilis Saslinda Pornomo, berkata tindakan itu tetap diambil walaupun restoran berkenaan telah memaparkan harga makanan dan minuman yang dijual di restoran berkenaan.

Beliau berkata tindakan itu susulan aduan pelanggan yang tular di laman sosial kerana tidak berpuas hati dengan harga yang didakwa melampau dikenakan restoran itu untuk secawan minuman panas.

“Penguat kuasa KPDN telah menjalankan pemeriksaan pada 18 Februari lalu di premis yang beroperasi dalam kawasan hotel yang menyediakan pelbagai pilihan makanan dan minuman itu.

“Susulan itu, penguat kuasa KPDN Johor menyerahkan NB mengikut Seksyen 21, Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan (AKHAP) 2011 kepada pemilik restoran yang beroperasi di sebuah pusat peranginan di Desaru.

“Mereka perlu memberi maklum balas dalam tempoh ditetapkan bagi membolehkan siasatan lanjut dilaksanakan selepas ini,” katanya lapor Berita Harian Malaysia.

Beliau berkata sama ada harga dikenakan restoran itu munasabah atau tidak, ia hanya dapat ditentukan selepas pengusaha premis menyerahkan NB.

Pada 18 Februari lalu, seorang pelanggan terkejut apabila sebuah restoran di pusat peranginan di Johor didakwa mengenakan harga melampau bagi secawan minuman panas yang dipesannya.

Menerusi resit bayaran dikongsi pelanggan terbabit, secawan minuman panas itu dikenakan harga RM15.90 dengan keseluruhan harga dikenakan RM47.40 bagi tiga cawan minuman itu.

Selain itu, sekeping roti canai telur yang dipesannya pula dikenakan caj RM12.90, manakala sekeping tose pula berharga RM10.90.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg