Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Ringgit M’sia cecah paras tertinggi dalam tempoh lima tahun

Dec 24, 2025 | 1:30 PM
RM, Ringgit M’sia, paras tertinggi dalam tempoh lima tahun
Mata wang Ringgit - Foto fail

KUALA LUMPUR: Ringgit melonjak ke paras tertinggi yang baru dalam tempoh lima tahun berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Rabu, disokong penurunan mata wang itu susulan penyusutan Indeks Dolar AS (DXY).

Ia juga meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1524 daripada 3.1607.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan itu melonjak kepada 4.0490 berbanding dolar Amerika daripada paras 4.0615 ketika ditutup semalam.

Ringgit sebelum ini pernah mencecah paras 4.0490 pada 3 Mac 2021.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata DXY susut 0.39 peratus kepada 97.903 mata selepas Conference Board melaporkan keyakinan pengguna AS merosot kepada 89.1 mata pada Disember daripada 92.9 mata pada November, lebih rendah berbanding anggaran konsensus sebanyak 91.7 mata.

Beliau berkata, ringgit ditutup 0.39 peratus lebih tinggi berbanding dolar AS pada paras 4.06 semalam.

“Sehubungan itu, ringgit berpotensi mengekalkan momentum positifnya, disokong oleh data ekonomi terkini Amerila,” kata Dr Afzanizam, bercakap kepada Bernama.

Pada pembukaan dagangan, ringgit diniagakan lebih tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia mengukuh berbanding yen Jepun kepada 2.5934 daripada paras 2.6039 ketika ditutup pada Selasa, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4718 daripada 5.4851, serta mengukuh berbanding euro kepada 4.7762 daripada 4.7901.

Mata wang tempatan turut diniagakan lebih tinggi berbanding mata wang serantau Asean.

Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.1524 daripada 3.1607, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 13.0126 daripada 13.0486, naik berbanding rupiah Indonesia kepada 241.2 daripada 241.9 dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 6.88 daripada 6.90 sebelum ini. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg