Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RM1.7 juta lesap dalam penipuan pelaburan saham di WhatsApp

Jun 17, 2025 | 11:37 AM
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar.
Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar. - Foto FACEBOOK POLIS JOHOR

Seorang pengurus syarikat swasta berusia 67 tahun kerugian RM1.7 juta ($534,919) selepas terpedaya dengan tawaran pelaburan saham tidak sah melalui aplikasi WhatsApp di Johor Bahru.

Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, berkata mangsa telah membuat laporan pada 12 Jun selepas menyedari dirinya telah ditipu.

“Mangsa dimasukkan ke dalam satu kumpulan WhatsApp dinamakan ‘C-10 Freeman Saham 17’ sejak April lalu. Dalam kumpulan itu, mangsa dijanjikan pulangan harian antara lima hingga 10 peratus berdasarkan nilai pelaburan saham pasaran semasa,” katanya dalam kenyataan pada 16 Jun.

Tertarik dengan tawaran lumayan, mangsa telah melakukan sebanyak 12 transaksi pemindahan wang ke lima akaun bank berbeza dari 16 April hingga 30 Mei, berjumlah keseluruhan RM1,772,603.

Bagaimanapun, selepas pembayaran dibuat, mangsa tidak menerima sebarang pulangan seperti dijanjikan. Malah, beliau diminta membuat bayaran tambahan hampir RM500,000, yang menimbulkan rasa curiga dan akhirnya menyedari telah menjadi mangsa penipuan.

Datuk Kumar berkata kes kini disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu, yang memperuntukkan hukuman penjara antara satu hingga 10 tahun, sebatan serta boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Beliau turut menasihatkan orang ramai agar lebih berwaspada terhadap sebarang bentuk pelaburan yang menjanjikan keuntungan tinggi dalam masa singkat, terutamanya yang dipromosikan melalui media sosial dan aplikasi mesej seperti WhatsApp.

“Semak dahulu status pelaburan atau syarikat yang terlibat dengan agensi sah seperti Polis Diraja Malaysia, Bank Negara atau Suruhanjaya Sekuriti. Gunakan juga perkhidmatan semakan akaun bank ‘Semak Mule’ bagi mengenal pasti status nombor akaun dan nombor telefon yang digunakan,” katanya.

Tambah beliau, orang ramai perlu cakna akan trend jenayah komersial semasa dan mendapatkan maklumat tentang modus operandi sindiket melalui saluran rasmi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) di Facebook, Instagram dan TikTok.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg