RTS, Tahun Melawat Johor 2026 dijangka lonjak kunjungan dan perbelanjaan warga S’pura di Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

RTS, Tahun Melawat Johor 2026 dijangka lonjak kunjungan dan perbelanjaan warga S’pura di Johor

Jan 23, 2026 | 1:59 PM

RTS, Tahun Melawat Johor 2026 dijangka lonjak kunjungan dan perbelanjaan warga S’pura di Johor

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
RTS Link, Laluan Sistem Transit Laju, Singapura, Malaysia, Tahun Melawat Johor
Operasi Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) dijangka merancakkan lagi pergerakan rakyat antara dua negara, Singapura dan Malaysia. - Foto FACEBOOK RTSO

Kuasa beli warga Singapura memberi kesan ketara kepada ekonomi Johor Bahru dan negeri Johor secara keseluruhan, khususnya dalam konteks hubungan ekonomi rentas sempadan yang semakin aktif.

Naib Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Jeffrey Lai Jiun Jye, berkata walaupun nilai Ringgit menunjukkan pengukuhan kebelakangan ini, Johor masih kekal menarik kepada warga Singapura memandangkan kadar pertukaran mata wang yang masih sekitar 3:1 berbanding Dolar Singapura.

Naib Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Jeffrey Lai Jiun Jye.
Naib Presiden Gabungan Dewan Perniagaan dan Perindustrian Cina Malaysia, Datuk Jeffrey Lai Jiun Jye. - Foto BH oleh REMAR NORDIN

Keadaan itu, menurutnya, jelas dapat dilihat setiap kali musim cuti umum dan cuti sekolah apabila pusat beli-belah utama di Johor Bahru dipenuhi pengunjung dari Singapura.

“Perbelanjaan warga Singapura bukan sahaja tertumpu kepada pembelian barangan runcit atau keperluan harian, malah merangkumi ekonomi malam seperti makanan, hiburan, perkhidmatan penjagaan kenderaan termasuk cucian kereta serta pelbagai aktiviti perkhidmatan lain, yang secara langsung menyokong peniaga tempatan,” katanya kepada Berita Harian (BH).

Mengulas perkembangan akan datang, Datuk Jeffrey berkata operasi Laluan Sistem Transit Laju (RTS Link) yang dijangka bermula pada hujung 2026 atau awal 2027, selepas peringkat percubaan dijalankan, dijangka merancakkan lagi pergerakan rakyat antara dua negara.

“Perkembangan ini akan menggalakkan lebih ramai warga Singapura berkunjung ke Johor bagi tujuan riadah dan pelancongan.

“Pelaksanaan Tahun Melawat Johor 2026 juga faktor tarikan penting, dengan pelbagai program yang dirangka Kerajaan Johor berpotensi meningkatkan kehadiran pelancong Singapura serta mendorong perbelanjaan lebih tinggi di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata tambahan hotel-hotel baru bertaraf antarabangsa, serta peningkatan kadar sewaan bilik hotel, menunjukkan wujudnya permintaan kukuh terhadap pakej penginapan dan percutian singkat di Johor.

“Situasi ini turut didorong oleh pelancong antarabangsa yang memilih untuk menginap di Johor sambil menjadikan Singapura sebagai sebahagian jadual perjalanan mereka, berikutan faktor kadar pertukaran mata wang yang lebih menguntungkan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han, berkaitan kadar inflasi negeri bagi Disember 2025 kekal pada tahap sederhana dan terkawal.

Ini sekali gus mencerminkan asas ekonomi Johor yang kukuh serta bergerak secara mampan di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi sejagat.

Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia Johor, Encik Lee Ting Han. - Foto BH oleh REMAR NORDIN

Encik Lee berkata kerajaan negeri mengambil maklum kebimbangan awam berhubung data inflasi Johor yang diterbitkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), namun menegaskan kesejahteraan ekonomi rakyat tidak wajar dinilai berdasarkan satu indikator semata-mata.

Menurutnya, penilaian sebenar perlu dilihat secara menyeluruh dengan mengambil kira trend inflasi tahunan, pertumbuhan pendapatan, peluang pekerjaan, tahap pelaburan serta kekuatan fiskal negeri.

Selain itu, Johor terus muncul sebagai antara negeri terkehadapan dalam menarik pelaburan langsung asing dan domestik, dengan pelaburan komited diunjurkan melebihi RM102 bilion ($32 bilion) bagi 2025.

Kedudukan ini mengukuhkan peranan Johor sebagai hab industri, perkhidmatan dan logistik utama negara serta komponen penting dalam rantaian bekalan serantau.

Mengulas lanjut, Encik Lee berkata inflasi bukan fenomena yang bersifat negeri semata-mata, sebaliknya dipengaruhi faktor nasional dan sejagat termasuk harga makanan dan bahan mentah import, kos logistik antarabangsa, turun naik nilai mata wang, struktur rantaian bekalan serantau serta ketidaktentuan geopolitik dunia.

“Kerajaan negeri setuju tekanan kos sara hidup adalah realiti yang perlu ditangani secara berterusan. Justeru, melalui Belanjawan Johor 2026 dan pelbagai inisiatif campur tangan, pendekatan yang diambil adalah bersasar dan berstruktur bagi mengurangkan kesan inflasi terhadap golongan terkesan.

“Antara fokus utama termasuk campur tangan harga barangan asas menerusi program Jualan Kasih Johor serta kerjasama dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup melalui Jualan Rahmah, selain bantuan tunai bersasar menerusi Bantuan Kasih Johor,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg