BALING (Kedah): Enam sekeluarga tinggal sehelai sepinggang selepas rumah mereka di Kampung Seberang Pekan, di sini musnah dalam kebakaran malam Ahad.
Pasangan suami isteri berusia 73 tahun bersama ahli keluarganya, termasuk dua kanak-kanak berusia lapan dan 11 tahun, dipercayai baru pulang dari Masjid Baling sebelum mendapati rumah mereka terbakar, lapor Berita Harian Malaysia.
Bomba terima panggilan kebakaran jam 9.07 malam Ahad.
Operasi pemadaman turut dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Kampung Lalang, Kuala Ketil dengan kekuatan 15 anggota.
Operasi pemadaman mengambil masa hampir satu jam untuk memastikan api dapat dipadam sepenuhnya serta mengawal kebakaran daripada merebak.


Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg