Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Sabah negeri terbaru dilanda banjir, jumlah mangsa kian naik

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sabah negeri terbaru dilanda banjir, jumlah mangsa kian naik

Jan 15, 2024 | 05:18 PM



KUALA LUMPUR: Sabah menjadi negeri terbaru ditimpa banjir di Malaysia dengan jumlah mangsa banjir di negeri berkenaan dilaporkan kian meningkat sejak 14 Januari, menurut perangkaan daripada Pusat Kawalan Bencana Negara Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma).

Jumlah mangsa di negeri tersebut, sehingga 12 tengah hari 15 Januari, melibatkan seramai 257 orang daripada 82 keluarga yang berlindung di empat Pusat Perlindungan Sementara (PPS) di Sabah, berbanding 75 orang dilaporkan pada malam 14 Januari.

Menurut Nadma, seramai 110 mangsa berlindung di tiga PPS di Beluran manakala seramai 147 mangsa berlindung di sebuah PPS di Sandakan.

Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan pada 1.30 tengah hari, 15 Januari turut menyatakan hujan berterusan di peringkat waspada diramal berlaku di negeri tersebut dari 16 hingga 17 Januari.

Daerah terjejas meliputi Telupid, Kinabatangan, Beluran, Sandakan dan daerah Kudat.

Sementara itu, Nadma turut melaporkan bilangan mangsa banjir di Pahang dan Johor di Semenanjung pula mencatatkan penurunan.

Jumlah terkini keseluruhan mangsa di daerah berkenaan setakat 12 tengah hari 15 Januari, melibatkan seramai 130 orang daripada 45 keluarga di dua PPS di Pahang dan 248 orang daripada 60 keluarga di enam PPS di Johor.

Di Pahang, semua 130 mangsa ditempatkan di dua PPS di Rompin.

Di Johor, seramai 23 mangsa berlindung di sebuah PPS di Batu Pahat, 38 mangsa di sebuah PPS di Kluang, 124 mangsa di dua PPS di Kota Tinggi dan 63 mangsa ditempatkan di dua PPS di Segamat. - Agensi berita.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >