Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sarawak, timur Sabah pula diramal hadapi risiko banjir

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sarawak, timur Sabah pula diramal hadapi risiko banjir

Johor pula boleh dilanda banjir terbaru selepas air surut sebelum ini
Jan 12, 2024 | 06:21 PM



Selepas beberapa negeri Semenanjung Malaysia dilanda banjir, Sarawak dan kawasan timur Sabah pula diramal berisiko banjir.

Sehubungan itu Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Encik Muhammad Helmi Abdullah, berkata penduduk dan pihak keselamatan di negeri terbabit diminta meningkatkan kesiapsiagaan untuk berdepan kemungkinan bencana banjir.

Menurut beliau, berdasarkan analisis model-model cuaca, luruan angin timuran dijangka berlaku sehingga 17 Januari 2024.

“Keadaan ini boleh menyebabkan peningkatan kelembapan yang berpotensi membawa hujan berterusan di timur Semenanjung, Sarawak dan timur Sabah serta angin kencang dan laut bergelora di Laut China Selatan dalam tempoh berkenaan.

“Justeru, orang awam dinasihatkan untuk sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi MetMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih,” katanya dalam satu kenyataan pada 12 Januari.

Di Sibu, Sarawak, The Star melaporkan Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sibu, Encik Andy Alie, telah mengeluarkan amaran merah kepada penduduk pada 12 Januari.


Katanya, penduduk yang tinggal di kawasan rendah diminta bersiap sedia untuk berpindah sekiranya keadaan banjir bertambah buruk.

“Beberapa kawasan ditenggelami air banjir berikutan hujan lebat selama tiga jam pada petang 11 Januari.

“Dengan hujan lebat yang kerap berlaku dan kejadian banjir baru-baru ini di pelbagai kawasan, saya menggesa penduduk terutama yang berada di zon berisiko tinggi supaya bersiap sedia untuk penempatan semula apabila diarahkan pihak berkuasa,” katanya.

Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, berkata beliau dimaklumkan air pasang besar dijangka berlaku dan tertumpu di kawasan daerah Johor Bahru bermula 12 hingga 17 Januari 2024.

“Air pasang besar dijangka paling tinggi pada 14 dan 15 Januari 2024 iaitu pada aras 3.7 meter di stesen Johor Bahru.

“Oleh itu bangsa Johor diminta bersiap siaga. Kerajaan Negeri dengan kerjasama Jabatan Perairan dan Saliran Negeri Johor telah bersedia dengan penyediaan pam di setiap daerah yang terlibat,” katanya dalam kenyataan pada 12 Januari,” ujarnya.

METMalaysia turut mengeluarkan amaran hujan berterusan pada tahap buruk, pada 12 Januari, membabitkan beberapa daerah di Pahang dan Johor, hingga 14 Januari, yang dijangka boleh menyebabkan keadaan banjir di dua negeri itu lambat untuk surut.

Setakat ini, jumlah mangsa banjir di Johor sudah berkurangan kepada 4,938 orang yang berada di 35 pusat pemindahan sementara (PPS), manakala Pahang menurun kepada 793 mangsa di sembilan PPS.

Namun Mersing menjadi daerah terbaru dilanda banjir yang menjejaskan 219 orang di empat PPS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >