Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

‘Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api’

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

‘Saya tidak dengar bunyi letupan, tiada percikan api’

Apr 24, 2024 | 02:35 PM



MANJUNG (Perak): “Kejadian itu berlaku dalam sekelip mata. Saya nampak dua pesawat itu berselisih di bahagian belakang dan berpusing sekejap sebelum menjunam jatuh.”


Demikian kata seorang saksi kejadian dua helikopter yang bertembung dan terhempas di Pangkalan TLDM Lumut pada 23 April yang telah mengorbankan 10 anggota Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

“Ketika itu saya nampak dua helikopter berkenaan berselisih di bahagian ekor dan kipas sebelum berpusing dan menjunam jatuh kurang daripada satu saat.

“Saya tidak dengar bunyi letupan dan juga tiada percikan api, namun apabila terjatuh ke darat saya dapat lihat ada serpihan (bahagian pesawat yang jatuh) dan asap,” katanya yang enggan memberi namanya kepada Harian Metro.


Katanya, beliau terkejut dan terkedu melihat kejadian itu yang baru kali pertama dilihat di depan mata sendiri dan mengakui beliau mahu cuba membantu namun semua mangsa tidak dapat diselamatkan.

“Suasana ketika itu memang gempar tetapi terkawal. Bantuan perubatan memang sentiasa bersedia setiap kali raptai dilakukan,” ceritanya.

Dalam kejadian 9.30 pagi pada 23 April, dua helikopter yang menjalani raptai Perbarisan Hari TLDM ke-90 sempena Hari Terbuka Armada di Pangkalan TLDM Lumut dilaporkan bertembung dan terhempas, sekali gus mengorbankan 10 anggota dan pegawai.

Jenazah lapan daripada 10 mangsa yang terkorban dalam nahas helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) di Lumut dibawa ke Batalion Ke-23 Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD), dekat Jalan Tambun, di sini untuk disolatkan pada 24 April, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Difahamkan, proses bedah siasat terhadap semua mangsa di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) dijangka selesai 2 petang.

Lapan jenazah mangsa berkenaan dijadual diberikan penghormatan terakhir mengikut istiadat ketenteraan di Batalion Ke-23 RAMD sebelum dibawa ke lokasi pengebumian mengikut permintaan keluarga masing-masing.

Mendiang Leftenan T Sivasutan pula dibawa ke kediaman keluarganya di Sitiawan, Perak, sejurus selepas proses bedah siasat selesai, manakala mayat Laskar Kelas JJM Joanna Felicia anak Rohna akan diterbangkan ke Kuching, Sarawak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >