Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sejam kenal di media sosial, kanak-kanak terpedaya lakukan hubungan seks

May 16, 2024 | 1:51 PM
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Siti Kamsiah Hassan.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Siti Kamsiah Hassan. - Foto JABATAN PENERANGAN

SHAH ALAM: Hanya sejam kenal, ada kanak-kanak sudah terpedaya untuk melakukan hubungan seks dengan individu yang mereka kenali menerusi dalam talian.

Laporan mengejutkan yang berlaku di Malaysia itu didedahkan oleh Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Penolong Pesuruhjaya Kanan (SAC) Siti Kamsiah Hassan.

Beliau berkata dalam tempoh sejam itu mangsa begitu mudah berkongsi tempat tinggal mereka dengan pemangsa yang mendorong kepada berlakunya jenayah seksual.

“Sejam terus buat hubungan seks, ini berkenalan di media sosial... bagaimana asuhan seksual itu cepat berlaku.

“(Mangsa) tertarik dengan ayat ‘power’ (pemangsa) yang mengundang atau menyebabkan kanak-kanak itu terpedaya.

“Biasanya membina kepercayaan itu cepat, dengan memberikan janji manis dan keseronokan sehingga jenayah seksual itu mudah berlaku.

“Alat telekomunikasi dan Internet memudahkan perkara itu berlaku, berkenalan, ‘chatting’ (berbual), datang rumah, (kemudahan) perkhidmatan e-hailing memudahkan pergerakan untuk mereka berjumpa,” katanya, lapor Harian Metro.

SAC Siti Kamsiah berkata kanak-kanak antara yang begitu mudah menyukai dan terpengaruh oleh media sosial dan mencari isi kandungan di dunia maya itu.

“Apabila mereka memberikan tanda suka (like), ini boleh menarik perhatian orang ramai.

“Ada juga stigma kanak-kanak apabila boleh pikat seseorang itu, ia menjadi satu kebanggaan... saya tengok kawalan kendiri itu yang kurang,” ujarnya.

Beliau berkata dalam usaha menangani kes ini, ibu bapa bukan sahaja mendidik tetapi juga perlu mengawal perilaku anak, terutama dalam penggunaan alat peranti serta memantau bagaimana anak melayari Internet.

“Tidak boleh lari pembelajaran di rumah, selain mendidik, kawalan dan tahu persekitaran risiko anak... tidak boleh lagi bergantung kalau ada pergerakan fizikal (di luar) jenayah itu berlaku... jenayah itu bermula di rumah,” katanya.

Pada masa yang sama, beliau mengesahkan Selangor menjadi penyumbang tertinggi kes jenayah seksual berbanding negeri lain sejak 2021 dan 90 peratus membabitkan warga tempatan.

“Selangor negeri tertinggi dan memang jauh berbeza jumlah kes berbanding negeri lain.

Antara faktor populasi penduduknya, berdekatan sempadan negeri lain seperti Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Perak. Jadi, banyak akses ke Selangor.

“Selepas Selangor adalah Johor... semuanya berdasarkan kepadatan penduduk, aktiviti ekonomi. Golongan B40 yang berdepan keadaan ekonomi tidak stabil, keciciran pendidikan, keadaan rumah, penceraian,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg