Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Sekolah bandar pertama di M’sia usaha tanam padi

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Sekolah bandar pertama di M’sia usaha tanam padi

Jan 05, 2024 | 12:19 PM



IPOH: Ingin mencipta kelainan serta memupuk minat murid terhadap bidang pertanian menjadi faktor utama merealisasikan hasrat warga Sekolah Kebangsaan Rapat Setia membangunkan projek penanaman padi dalam kawasan sekolah itu.


Guru Besar sekolah itu, Cik Nor Hizan Abd Jalil, berkata projek penanaman padi yang dijenamakan sebagai Ecorise SKSR itu tercetus sejak awal Jun 2023 melalui perbincangan bersama melibatkan semua guru.

“Pada asalnya, kawasan (keluasan 0.006 hektar) yang kami bangunkan dengan projek (padi) ini adalah kawasan berair dan agak terbiar.

“Ia sedikit sebanyak merunsingkan kami dan bagi memastikan ia (kawasan) dioptimumkan, maka kami buat sedikit kajian tentang tanaman yang sesuai dengan kawasan berair.

“Kami dapati tanaman padi adalah antara yang sesuai. Kami sepakat dan buat kertas kerja untuk tarik perhatian pihak tertentu membantu sekolah untuk projek ini,” katanya, lapor Berita Harian Malaysia.


Ia adalah projek penanaman padi dalam sekolah bandar yang pertama dilaksanakan di Malaysia.

Cik Nor Hizan berkata daya usaha yang digerakkan itu akhirnya membuahkan hasil apabila Perbadanan Pembangunan Pertanian Negeri Perak (Perak SADC) bersetuju menjalinkan kerjasama bagi menjayakan projek tersebut.

Melalui jalinan itu, beliau berkata Perak SADC telah membiayai sepenuhnya projek berkenaan melalui pembekalan pelbagai kemudahan seperti kotak tanaman, benih padi, khidmat nasihat dan sebagainya.

“Selain itu, Perak SADC melalui pegawai mereka kerap datang ke sini untuk melihat kemajuan (projek) serta pada masa yang sama beri nasihat tentang keperluan serta tatacara dalam mengendalikan projek ini.

“Untuk pusingan pertama tanaman ini, mereka (Perak SADC) akan bantu secara keseluruhan iaitu daripada penyediaan benih hingga proses penuaian nanti. Selepas itu, barulah kami yang akan mengendalikan keseluruhan projek,” katanya.

Mengulas lanjut berkenaan projek tersebut, Cik Nor Hizan berkata 15 kotak tanaman padi disediakan di kawasan itu dan dijangkakan pengeluaran hasil mampu mencecah hingga 150 kilogram (kg) untuk pusingan pertama yang diramal memasuki fasa penuaian pada penghujung Mac.

“Untuk tuaian hasil pertama ini mungkin kami nak buat kenduri melibatkan semua warga sekolah. Kami nak semua merasainya. Untuk pusingan seterusnya, mungkin kami boleh jual kepada masyarakat setempat untuk jana pendapatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >