Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Selepas didakwa bunuh isteri, penganggur hadapi sembilan tuduhan bakar kenderaan

Jun 10, 2025 | 2:09 PM
Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 32 tahun, (dua, kanan) didakwa di Mahkamah Majistret di Tangkak, Johor, pada 10 Jun atas tuduhan membunuh isterinya pada 3 Jun lalu.
Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 32 tahun, (dua, kanan) didakwa di Mahkamah Majistret di Tangkak, Johor, pada 10 Jun atas tuduhan membunuh isterinya pada 3 Jun lalu. - Foto BERNAMA

MUAR (Johor): Selepas didakwa di Mahkamah Majistret Tangkak (Johor) atas tuduhan membunuh isteri, seorang penganggur sekali lagi dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada 10 Jun terhadap tuduhan melakukan khianat dengan membakar sembilan kenderaan milik isteri serta abang iparnya.

Tertuduh, Mohamad Khairul Azmi Ithnin, 32 tahun, bagaimanapun hanya mengaku enam daripada keseluruhan sembilan tuduhan yang dikemukakan jurubahasa di hadapan Hakim Sayani Mohd Nor.

Tertuduh mengaku bersalah untuk tuduhan pertama, kelima hingga kesembilan dengan membakar enam kenderaan masing-masing dua pacuan empat roda dan motosikal selain sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) dan kereta.

Perbuatan itu dilakukan di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong dan Kebun Durian Kampung Teratai 2, Sagil, Tangkak, Johor, antara 4.36 hingga 6.46 pagi, 3 Jun lalu, lapor Harian Metro.

Bagi tuduhan kedua hingga keempat, dia mengaku tidak bersalah melakukan khianat dengan membakar dua motosikal dan sebuah kereta di Kampung Pengkalan Kota, Durian Chondong pada tarikh dan masa yang sama.

Oleh itu, bagi kesemua tuduhan ini, didakwa mengikut Seksyen 435 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Diyana Najihah Muhamed Fauzi manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Terdahulu, pihak pendakwaan memohon mahkamah menetapkan satu tarikh baru untuk sebutan semula bagi kesemua tuduhan dikenakan terhadap tertuduh.

Selain itu, pihak pendakwaan juga memberitahu tiada jaminan ditawarkan memandang tertuduh berhadapan satu pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan di Mahkamah Majistret Tangkak pada 10 Jun.

Mahkamah kemudian menetapkan 9 Julai ini untuk fakta dan hukuman serta serahan dokumen dan lantikan peguam bagi tuduhan yang mana tertuduh mengaku tidak bersalah.

Tertuduh sebelum itu didakwa di Mahkamah Majistret kerana membunuh isterinya, Cik Iecah Junus, 34 tahun, dengan mengelar leher menggunakan pisau pemotong sayur.

Namun, tertuduh hanya mengangguk faham terhadap tuduhan dan tiada pengakuan direkodkan daripadanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg