Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19

Semai budaya perpaduan, buang mesej benci: Anwar

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Semai budaya perpaduan, buang mesej benci: Anwar

Seru sikap kasih sayang, rahmah antara satu sama lain sempena Hari Wilayah Persekutuan
Feb 01, 2024 | 04:53 PM



KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengajak rakyat Malaysia menyemai benih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang serta rahmah antara satu sama lain.


Ia juga selaras dengan konsep Madani yang menuntut rakyat menyantuni semua dan bermuafakat dalam menjayakan agenda pembangunan di Malaysia, kata beliau dalam mesejnya sempena sambutan Hari Wilayah Persekutuan pada 1 Februari.

“Semailah benih budaya perpaduan dan membuang mesej berbaur kebencian dengan sikap berkasih sayang juga rahmah antara satu sama lain.

“Ini juga selaras dengan konsep Madani yang menuntut kita harus santuni semua dan bermuafakat dalam menjayakan agenda pembangunan di negara ini.

“Semoga Wilayah Persekutuan terus maju, mampan dan sejahtera,” katanya di laman sosial rasminya, lapor Berita Harian Malaysia.


Hari Wilayah Persekutuan disambut pada 1 Februari setiap tahun bagi memperingati pengisytiharan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai Wilayah Persekutuan.

Kuala Lumpur diisytiharkan sebagai Wilayah Persekutuan pada 1974, Labuan pada 1984 dan Putrajaya pada 2001.

Sempena meraikan hari istimewa itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menawarkan kadar khas bagi kompaun kesalahan trafik dan am yang tidak membabitkan warga asing dari 1 hingga 29 Februari.

DBKL menerusi satu hantaran Facebook memaklumkan tawaran itu antaranya melibatkan kompaun kesalahan trafik, seperti letak kenderaan, pada jumlah khas RM10 ($2.84) bagi motosikal, RM20 bagi kereta, kenderaan pelbagai guna (MPV) dan lori kecil, dan RM50 bagi bas dan lori.

Bagi kesalahan penjaja, lesen dan lain-lain yang tidak melibatkan warga asing, kadar khas itu ialah RM100.

Menurut hantaran itu, jumlah khas tersebut tidak terpakai bagi beberapa kesalahan yang disenarai hitam, antaranya ialah mengambil bekerja warga asing tanpa permit kerja sah, kesalahan di bawah Akta Hotel dan Akta Hiburan, serta kesalahan berkaitan kelulusan bangunan.

Orang ramai boleh menyemak dan membayar melalui aplikasi Pay@KL, menurut hantaran DBKL itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >