Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Siasatan kes rasuah: Anak Mahathir sudah isytihar harta kepada SPRM

Sep 18, 2024 | 3:38 PM
Mahathir
Dua anak lelaki mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad, iaitu Tan Sri Mokhzani (kanan) dan Encik Mirzan (kiri). - Foto FREE MALAYSIA TODAY

PUTRAJAYA: Dua anak bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad sudah mengisytiharkan harta mereka kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata Tan Sri Mohkzani dan Encik Mirzan masing-masing mengisytiharkan harta mereka dalam tempoh ditetapkan badan pencegahan rasuah itu.

“Mereka sudah isytihar harta kepada kami, namun pihak penyiasatan sedang buat penyelarasan dengan peguam mereka.

“Secara asasnya, mereka sudah isytihar harta, itu paling penting,” katanya pada sidang media di sini pada 18 September, lapor Berita Harian Malaysia.

Pada Ogos lalu, SPRM dilaporkan memberi tambahan sebulan lagi kepada Encik Mirzan dan adiknya, Tan Sri Mokhzani, untuk isytiharkan aset masing-masing selepas diberi lanjutan sama pada Mei lalu.

Encik Mirzan dan Tan Sri Mokhzani diarahkan SPRM pada Januari lalu mengisytiharkan aset mereka sejak 1981, tahun yang mana Dr Mahathir menjadi Perdana Menteri.

Siasatan dijalankan mengikut Akta SPRM 2009 juga Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

SPRM sudah mulakan siasatan sejak Ogos 2022 terhadap semua entiti berkait dan dinamakan dalam laporan Kertas Pandora serta Kertas Panama.

Tan Sri Azam berkata pihaknya kini masih berhubung dan berkomunikasi dengan peguam dua individu tersebut untuk mendapatkan maklumat tambahan serta penjelasan membabitkan pengisytiharan itu.

“Jadi siasatan ke atas aset itu sudah bermula untuk mengenal pasti dan untuk menyiasat lebih lanjut apa yang mereka isytihar, namun apa yang penting, mereka isytihar mengikut tempoh masa ditetapkan,” ujarnya.

Dalam perkembangan berasingan, Tan Sri Azam berkata pihaknya masih belum dapat mengesan keberadaan ahli perniagaan, Datuk Muhammad Adlan Berhan, yang juga menantu bekas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum ini media melaporkan SPRM sedang mengesan dua lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes penyelewengan projek pendaftaran, pengambilan dan penyimpanan biometrik pekerja asing bagi sebuah kementerian.

Selain Datuk Muhammad Adlan, seorang lagi adalah peguam, Encik Mansoor Saat dengan kedua-duanya dikenal pasti sudah meninggalkan Malaysia masing-masing pada 17 Mei dan 21 Mei 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg