Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

Dua anak Mahathir dakwa diarah bantu siasatan rasuah ke atas bapa mereka

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Dua anak Mahathir dakwa diarah bantu siasatan rasuah ke atas bapa mereka

Mar 26, 2024 | 04:33 PM



KUALA LUMPUR: Dua anak lelaki Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa mereka telah diarah Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk membantu siasatan ke atas mantan Perdana Menteri Malaysia itu.


Tan Sri Mokhzani dan Encik Mirzan mendakwa bapa mereka yang berusia 98 tahun itu menjadi suspek utama dalam siasatan yang dijalankan SPRM.

Dalam temubual bersama media antarabangsa pada 23 Mac lalu, Tan Sri Mokhzani mengesahkan perkara itu.

“Kami adalah saksi kepada apa sahaja yang mereka siasat,” katanya lapor Malay Mail.


Laporan itu memetik jurucakap SPRM yang tidak dinamakan sebagai berkata mereka tidak dapat mengulas atau mengesahkan sama ada Tun Mahathir menjadi sasaran dalam siasatan itu.

Menurut Tan Sri Mokhzani, SPRM tidak memberikan sebarang butiran kepadanya atau Encik Mirzan berhubung siasatan terhadap Tun Mahathir.

Beliau berkata mereka telah menyiasat sebab di sebalik penyiasatan itu, tetapi SPRM tidak dapat memberi maklumat mengenainya.

“Bolehkah anda bayangkan anda diminta memberikan maklumat untuk digunakan untuk mendakwa ibu bapa anda?” dakwa Tan Sri Mokhzani dalam temubual berkenaan.

Pada 8 Februari lalu, dilaporkan bahawa dua beradik itu turut diarahkan SPRM untuk mengisytihar segala aset alih dan tidak alih yang berada dalam pegangan mereka, sama ada di dalam atau luar negara.

Dalam satu kenyataan bersama, dua bersaudara itu berkata SPRM telah meminta senarai aset sejak 1981, iaitu pada tahun pertama Tun Mahathir menjadi perdana menteri.

Senarai aset itu menurut SPRM adalah sebahagian daripada siasatan terhadap rekod perniagaan luar pesisir yang didedahkan oleh sebuah konsortium kewartawanan, tanpa menyebut sasaran utamanya ialah Tun Mahathir.

Laporan itu turut menyebut bahawa dua beradik itu dengan rela hati membantu dalam siasatan, walaupun ia menyusahkan dan memakan masa.

Tan Sri Mokhzani berkata mereka juga bekerjasama dengan setiausaha syarikat dan akauntan untuk memfailkan pengisytiharan aset mereka.

“Ini adalah tugas yang hampir mustahil, untuk mengingati kembali perkara puluhan tahun lalu,” katanya sambil menambah bahawa beliau masih seorang pelajar di Britain pada 1981.

Tan Sri Mokhzani berkata beliau dan Encik Mirzan tidak dapat mengingati keadaan ketika itu kerana semuanya direkod secara fizikal dan tidak didigitalkan.

Susulan itu, Dr Mahathir dilaporkan kecewa dengan kerajaan selepas SPRM mula menyiasat anak lelakinya dan menyatakan kekecewaan terhadap sistem keadilan dan mengkritik apa yang dianggapnya sebagai penyiasatan terpilih.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >