Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM tak berhasrat tahan Tun M buat masa terdekat

May 7, 2024 | 2:55 PM
Dr Mahathir Mohamad
Dr Mahathir Mohamad - Foto AFP

PUTRAJAYA: Siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Tun Dr Mahathir Mohamad masih berjalan, namun bekas Perdana Menteri dua kali itu tidak akan ditahan dalam masa terdekat.

Perkara itu disahkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, ketika ditemui pemberita pada Majlis Peluncuran Strategi Pembanterasan Rasuah (NACS) 2024-2028, di sini pada 7 Mei.

“Tidak lagi... kita tidak berhasrat untuk menahan beliau,” katanya.

Sebelum ini, Tan Sri Azam dilapor mendedahkan bahawa Dr Mahathir ialah antara individu berprofil tinggi yang disiasat oleh SPRM berhubung isu pengisytiharan harta.

Berikutan itu, dua anak Dr Mahathir, Encik Mirzan dan Tan Sri Mokhzani, juga diberi notis untuk mengisytiharkan harta dalam tempoh yang dinyatakan dalam notis mengikut Seksyen 36 Akta SPRM 2009.

Selain itu, media melaporkan Tan Sri Mokhzani turut disiasat mengikut Akta SPRM 2009 serta Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg