Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:26
Maghrib
7:07
Isyak
8:20

Simbah orang kurang upaya air panas:Wanita dipenjara 10 tahun, denda RM6,000

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

Simbah orang kurang upaya air panas:Wanita dipenjara 10 tahun, denda RM6,000

Apr 24, 2024 | 12:32 PM



BALIK PULAU (Pulau Pinang): Seorang promoter jualan dihukum penjara 10 tahun serta denda RM6,000 ($1,708) selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada 23 April atas tuduhan menyimbah air panas ke atas lelaki orang kurang upaya (OKU) Sindrom Down.


Hakim Ahzal Fariz Ahmad Khairuddin menjatuhkan hukuman itu selepas tertuduh, Oo Saw Kee, 39 tahun, mengaku bersalah sejurus pertuduhan terhadapnya dibacakan jurubahasa mahkamah.

Ketika prosiding Hakim Ahzal Fariz berkata setelah meneliti fakta kes, mahkamah mendapati tindakan tertuduh adalah perbuatan kejam dan tidak berperikemanusiaan.

“Mahkamah berkongsi sentimen dengan masyarakat, tambahan lagi tiada provokasi langsung daripada mangsa.

“Mahkamah sudah tentu perlu mengambil kira kepentingan awam dan hukuman ini bertujuan memberi peringatan agar perbuatan ini tidak diulangi terutama kepada golongan istimewa.

“Masyarakat majmuk di Malaysia tidak membenarkan perbuatan seperti ini berlaku, oleh itu mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun dan denda RM6,000, dan penjara 12 bulan jika denda tersebut tidak dibayar,” katanya.

Mengikut tuduhan, Saw Kee didakwa dengan sengaja menyebabkan kecederaan parah ke atas Encik Solairaj Archudan, 33 tahun, menggunakan alat panas yang boleh menyebabkan kelecuran iaitu sebuah botol air yang mengandungi air panas.

Kesalahan itu dilakukan dalam lif di Pangsapuri I-Park, Jalan Rajawali, Bayan Lepas, sekitar 9 pagi pada 19 April lalu.

Berikutan itu, tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 326 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun, denda atau sebat jika sabit kesalahan.


Pendakwaan kes dikendalikan Pengarah Pendakwaan Pulau Pinang Mohd Nordin Ismail manakala tertuduh diwakili peguam pro bono Edric Loo.

Sebelum itu, peguam bela Edric Loo memohon mahkamah mempertimbangkan hukuman penjara yang ringan kerana ia adalah kesalahan pertama dilakukan tertuduh dan tindakannya mengaku salah menjimatkan masa mahkamah.

Katanya, tertuduh yang masih bujang bekerja sebagai promoter dengan pendapatan RM1,500 sebulan tidak mempunyai tanggungan dan dia sudah insaf dengan perbuatan dilakukannya.


Pendakwa raya Mohd Nordin pula memohon mahkamah mengenakan hukuman berat memandangkan tindakan tertuduh menyimbah air panas kepada mangsa adalah perbuatan serius.

“Mangsa masih dirawat di hospital dengan kesan melecur di bahagian belakang badan, bahu serta leher dengan luka melecur enam peratus dan doktor perlu mencuci dan membalut luka kecederaan ini untuk mengelak jangkitan kuman,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >