Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sindiket dadah RM6.52j: Pemandu lori, penganggur ditahan di P. Pinang

Mar 24, 2025 | 2:37 PM
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad (empat dari kanan), bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas hasil beberapa serbuan di negeri itu.
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad (empat dari kanan), bersama pegawainya menunjukkan pelbagai jenis dadah yang dirampas hasil beberapa serbuan di negeri itu. - Foto BERNAMA

GEORGETOWN (Pulau Pinang): Polis Pulau Pinang menahan dua lelaki kerana disyaki terbabit dengan sindiket pengedaran dadah bernilai RM6.52 juta ($1.97 juta) menerusi tiga serbuan di negeri itu.

Dalam serbuan itu polis merampas dadah jenis serbuk Methylenedioxymethamphetamine (MDMA), heroin, syabu dan serbuk ketamin yang disyaki mahu dibawa keluar ke Indonesia.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad, berkata suspek berusia 20 dan 27 tahun itu ditahan secara berasingan di sekitar kawasan Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Utara antara 22 Mac dengan 23 Mac.

Katanya, dalam serbuan itu, polis merampas sebanyak 1,938 peket plastik pelbagai tulisan yang berisi serbuk MDMA dengan anggaran berat sebanyak 38,800 gram, heroin (6,800 gram), syabu (946 gram) dan ketamin (50.4 gram).

“Risikan mendapati kegiatan sindiket yang disertai pemandu lori dan penganggur itu bergiat aktif sejak awal tahun ini (2025).

“Keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh seramai 100,000 penagih,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang pada 24 Mac, lapor Harian Metro.

Datuk Hamzah berkata suspek mendakwa menerima upah sebanyak RM3,000 bagi setiap penghantaran dan bekalan dadah diperoleh dari satu lokasi, sebelum dibungkus semula dan dihantar ke Indonesia menerusi laluan laut.

“Ujian saringan air kencing didapati kedua-dua suspek negatif daripada pengambilan dadah serta mempunyai rekod lampau berkaitan dadah dan jenayah.

“Kedua-dua suspek direman selama tujuh hari sehingga 29 Mac ini bagi tujuan siasatan,” katanya.

Menurutnya, tindakan juga diambil mengikut Akta Dadah Berbahaya Pelucuthakan Harta 1988 yang mana Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Pulau Pinang sedang giat mengesan harta serta kewangan bagi tujuan sitaan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg