Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Sindiket ‘susu kangkang’ tumpas

Aug 15, 2025 | 2:52 PM
susu, kangkang
Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Christopher Patit (dua dari kiri), menunjukkan barang rampasan penumpasan sindiket ‘Susu Kangkang’ di IPD Melaka Tengah. - Foto KOSMO!

MELAKA: Empat ahli sindiket digelar ‘Susu Kangkang’ yang aktif mencuri susu formula menggunakan taktik mengepitnya di celah kelangkang akhirnya tumpas selepas diberkas dalam serbuan di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 10 Ogos.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Penolong Pesuruhjaya (ACP) Christopher Patit, berkata geng tersebut dipercayai telah aktif sejak 2011 dan telah memecah masuk 12 premis dalam tempoh seminggu di beberapa negeri termasuk Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang.

Menurutnya dua lelaki yang ditahan berasal dari Sabah, manakala dua lagi masing-masing seorang lelaki dan wanita berasal dari Filipina dengan kesemuanya berusia 23 hingga 50 tahun.

“Tangkapan dilakukan hasil risikan selepas kita menerima dua laporan polis berhubung kecurian di pasar raya serbaneka di Taman Paya Emas dan Bandar Baru Sungai Udang pada 2 Ogos.

“Hasil soal siasat, suspek wanita mengakui aktif mencuri susu formula dengan cara menyorokkannya di dalam pakaian yang telah diubah suai di bahagian pinggang serta celah kelangkang, manakala dua lelaki akan memantau lorong pasar raya dan di luar premis,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah di Batu Berendam pada 14 Ogos.

ACP Christopher berkata dalam serbuan itu pasukan polis turut merampas 71 kotak susu pelbagai jenama, 15 dalam bentuk peket, 12 tin serta 22 peket minuman yang kesemuanya bernilai RM12,600 ($3,830).

“Kita turut merampas sebuah kereta jenis Mazda CX-5, empat telefon bimbit, pakaian yang diubah suai, topi, kasut, pita pelekat, plastik sampah dan beg kain yang dipercayai digunakan untuk melakukan kegiatan tersebut.

“Semakan lanjut mendapati tiga suspek mempunyai rekod jenayah lampau termasuk kes curi dan dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan kerana mencuri,” ujarnya, lapor Kosmo!.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg