Malaysia
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SM Lee beri penghormatan di pengebumian mantan PM M’sia Abdullah Ahmad Badawi

Apr 15, 2025 | 4:52 PM
Menteri Kanan Singapura, Encik Lee Hsein Loong, dan isteri ketika memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi di ruang solat utama di Masjid Negara pada 15 April.
Menteri Kanan Singapura, Encik Lee Hsein Loong, dan isteri ketika memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri Malaysia kelima Tun Abdullah Ahmad Badawi di ruang solat utama di Masjid Negara pada 15 April. - Foto BERNAMA

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Singapura, Encik Hsien Loong, telah tiba di Masjid Negara Malaysia pada 15 April untuk menghadiri pengebumian mantan Perdana Menteri Malaysia, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Beliau ditemani oleh isterinya, Cik Lee, dan pegawai-pegawai dari Kementerian Ehwal Luar (MFA).

Pengebumian Allahyarham Tun Abdullah diadakan sekitar 2 petang, selepas solat zuhur. Jenazahnya dikebumikan di Makam Pahlawan yang terletak dalam kawasan masjid di pusat bandar Kuala Lumpur itu, lapor The Straits Times (ST).

Allahyarham Tun Abdullah, 85 tahun, meninggal dunia pada 14 April sekitar 7.10 petang, di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur selepas sekian lama menghidap penyakit demensia.

Dikenali dengan panggilan mesra ‘Pak Lah’, Allahyarham merupakan Perdana Menteri Malaysia yang kelima dari Oktober 2003 hingga April 2009, tempoh yang hampir dengan masa Encik Lee berkhidmat sebagai Perdana Menteri Singapura.

Encik Lee berkata dalam catatan Facebooknya pada 15 April bahawa beliau mengenali ‘Pak Lah’ sebelum mereka menjadi perdana menteri Singapura dan Malaysia, masing-masing.

“Beliau berkhidmat untuk negaranya dengan penuh dedikasi, bekerja tanpa mengenal lelah untuk menangani cabaran Malaysia dan meningkatkan kehidupan rakyat Malaysia,” kata Encik Lee.

“Ia merupakan satu penghormatan besar bagi saya untuk mengenali Pak Lah, dan berkongsi banyak perbualan mesra dengannya sepanjang tahun-tahun tersebut.”

Antara tokoh penting yang hadir untuk memberi penghormatan termasuklah mantan Perdana Menteri Malaysia Tun Mahathir Mohamad dan Encik Najib Tun Razak. Dr Mahathir tiba bersama anaknya, mantan Menteri Besar Kedah, Encik Mukhriz Mahathir.

Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad (tengah), memberi penghormatan terakhir pada 15 April.
Mantan Perdana Menteri Malaysia, Tun Mahathir Mohamad (tengah), memberi penghormatan terakhir pada 15 April. - Foto EPA-EFE

Encik Najib, yang sedang menjalani hukuman penjara, diiringi oleh polis Malaysia. Sebelum ini, beliau telah menerima kebenaran dari Mahkamah Tinggi untuk keluar dari penjara sementara untuk menghadiri pengebumian.

Pegawai Polis Diraja Malaysia mengiringi mantan Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak (tengah), yang sedang menjalani hukuman penjara, untuk memberi penghormatan terakhir pada 15 April.
Pegawai Polis Diraja Malaysia mengiringi mantan Perdana Menteri Malaysia, Encik Najib Tun Razak (tengah), yang sedang menjalani hukuman penjara, untuk memberi penghormatan terakhir pada 15 April. - Foto EPA-EFE

Orang ramai juga datang mengunjungi masjid untuk memberi penghormatan terakhir.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg