Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18

SPRM perolehi semula RM23j aset 1MDB

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Malaysia
41333
0

SPRM perolehi semula RM23j aset 1MDB

Feb 08, 2024 | 04:38 PM



KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya berjaya memperoleh semula sejumlah RM23.9 juta ($6.74 juta) aset 1Malaysia Development Berhad (1MDB) daripada operasinya sepanjang 2023 hingga 5 Februari lalu.


Wang dan aset itu telah berjaya diperoleh menerusi proses lucut hak, termasuk di mahkamah, selain penyerahan secara sukarela membabitkan lima individu dan seterusnya telah dipulangkan semula kepada kerajaan Malaysia.

“Kejayaan memperoleh semula wang ini susulan proses menjejak dan memperoleh semula dana 1MDB yang dijalankan Bahagian Pencegahan Pengubahan Wang Haram (AML) SPRM pada 2023 dan terbaru pada 5 Februari 2024,” menurut SPRM.

Antara wang tunai yang dapat diperolehi semula termasuk daripada bekas pegawai khas mantan perdana menteri Encik Najib Razak yang menyerahkan secara sukarela wang AS$972,251.25 atau RM4,551,399.45 daripada dana 1MDB.

Penyerahan wang berkenaan oleh Datuk Amhari Effendi kepada kerajaan Malaysia dibuat pada 29 September 2023, hasil usaha pemulihan aset dana 1MDB di dalam dan luar negara yang giat dijalankan secara berterusan oleh SPRM.

Memberi perincian perkembangan itu, SPRM menjelaskan wang berjumlah RM556,275.64 pula berjaya diperoleh pada 30 Ogos 2023 daripada Nurzahid Taib, pegawai 1MDB yang menerima dana syarikat pembangunan strategik negara itu.

Dana diterima bagi Projek Maximus dan Projek Catalyze yang dimasukkan ke dalam akaun syarikat Turquoise Coast Offshore Incorporated, di mana individu berkenaan mempunyai kepentingan.

“Pada 29 September 2023 pula, wang berjumlah AS$972,251.25 atau RM4,551,399.45 dipulangkan kepada Kerajaan Malaysia menerusi penyerahan secara sukarela oleh Amhari, iaitu pegawai khas Najib menerusi pindahan wang dari BSI Bank Switzerland.

“Sementara itu, pada 8 November 2023, Mahkamah Tinggi Jenayah Kuala Lumpur mengeluarkan perintah melucut hak tiga unit kondominium bernilai RM7.05 juta milik Mohammad Kamal Yan Yahaya, pegawai penasihat hal ehwal luar negeri Najib,” menurut kenyataan itu.

Menurut SPRM, individu berkenaan telah menerima dana 1MDB menerusi Projek Magnolia, Projek Maximus dan Projek Catalyze ke dalam akaun syarikat Spring Elite International Limited di BSI Bank, Singapura, di mana dirinya mempunyai kepentingan.

“Ketiga-tiga proses pemulihan aset ini diperoleh susulan perbicaraan bekas pegawai bank di Goldman Sachs, Ng Chong Hwa atau Roger Ng di Mahkamah Persekutuan Brooklyn, Amerika Syarikat, pada Februari 2022 atas dakwaan bersubahat dalam penyelewengan dana 1MDB.

Secara keseluruhan, SPRM menjelaskan, dari 2019 dan sehingga kini, sebanyak RM29.03 bilion nilai aset 1MDB berjaya dipulangkan menerusi kerjasama SPRM bersama Pasukan Petugas Khas Pemulihan Aset 1MDB (PPA1M) selain kerjasama agensi luar negara. – BHM, The Star.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >