SPRM sertai 14 negara lumpuhkan forum jenayah siber LeakBase

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

SPRM sertai 14 negara lumpuhkan forum jenayah siber LeakBase

Mar 6, 2026 | 6:56 PM

SPRM sertai 14 negara lumpuhkan forum jenayah siber LeakBase

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula
jenayah siber, SPRM, LeakBase
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia. - Foto hiasan FMT

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan pihak berkuasa 14 buah negara berjaya melumpuhkan sebuah forum jenayah siber, LeakBase, yang memperdagangkan data curi.

Forum ini, yang aktif sejak 2021, berfungsi sebagai pasar dalam talian bagi maklumat curi seperti nombor kad kredit/debit, data perbankan, nama pengguna, kata laluan, serta data peribadi dan korporat.

Operasi antarabangsa ini, yang dijalankan serentak pada 3 Mac lalu, menyaksikan SPRM menggeledah sebuah syarikat pengehosan web di Kuala Lumpur.

“Pemeriksaan forensik siber mengesahkan bahawa forum LeakBase beroperasi secara aktif melalui pelayan yang dihoskan di premis tersebut, sekali gus membawa kepada penyitaan bahan bukti digital serta penutupan domain forum berkenaan,” menurut satu kenyataan, lapor portal berita Free Malaysia Today.

Siasatan mendedahkan platform itu menyimpan sejumlah besar data akses akaun yang dikompromi, termasuk gabungan e-mel dan kata laluan yang sering disalah guna untuk pengambilalihan akaun, penipuan, dan jenayah siber lain.

LeakBase dilaporkan mempunyai lebih 142,000 ahli berdaftar dan melebihi 215,000 mesej, dengan arkib pangkalan data yang digodam daripada pelbagai serangan siber berprofil tinggi.

Operasi melibatkan tangkapan, serbuan rumah serta tindakan ‘knock-and-talk’ itu menghimpunkan badan penguatkuasaan antarabangsa, termasuk Biro Penyiasatan Persekutuan Amerika Syarikat.

Ia turut membabitkan Agensi Jenayah Kebangsaan United Kingdom dan Biro Jenayah Siber Pusat Poland; serta polis Australia, Jerman, Belgium, Sepanyol, Portugal, Scotland dan Kosovo.

“Penglibatan SPRM dalam operasi ini mencerminkan komitmen berterusan Malaysia untuk memperkukuh kerjasama penguatkuasaan undang-undang di peringkat antarabangsa dalam memerangi jenayah siber serta penyalahgunaan data merentasi sempadan,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Berita Harian di Mudah Alih

  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg